Ahad, 5 Januari 2014

Pengurus Jualan Dan Seorang Wanita Ditemui Mati Dalam Kereta

Gambar hiasan
IPOH: Seorang pengurus jualan perkakasan logam dan seorang wanita dijumpai mati, kedua-dua dalam keadaan berbogel, di dalam sebuah kereta di Bandar Cyber di sini Jumaat malam.
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A.Paramasivam berkata, mayat mangsa yangmasing-masing berusia 58 dan 51 tahun ditemui isteri pengurus jualan berkenaandi bahagian hadapan kereta Proton Wira biru di garaj premis perniagaan itu dengan enjin kenderaan itu masih berfungsi.
Ketika ditemui pemberita di tempat kejadian Jumaat malam, beliau berkata pada pukul 7.55 malam, si isteri datang ke balai polis berhampiran untuk melapor suaminya tidak pulang ke rumah sejak Khamis lepas.
Sejam selepas itu si isteri dan beberapa anggota keluarganya pergi mencari mangsa di premis perniagaannya yang terletak di belakang sebuah hotel bajet di Bandar Cyber.

Isteri mangsa kemudian ternampak asap keluar dari bahagian garaj kedai sebelum mengumpil pintu 'roller shutter' untuk masuk ke dalam premis tersebut, kata Paramasivam.
"Sebaik sahaja memasuki premis berkenaan, si isteri menjumpai suaminya serta seorang wanita yang tidak dikenalinya di dalam kereta," katanya.
Beliau berkata, pemeriksaan polis di tempat kejadian juga mendapati kereta Proton Iswara Aeroback hijau dipercayai milik mangsa wanita terbabit berada di luar premis perniagaan itu.
Selain itu, siasatan awal juga menunjukkan tiada sebarang kecederaan pada tubuh kedua-dua mangsa, kata Paramasivam.
Setakat ini siasatan lanjut masih dijalankan dan polis akan meneliti laporanbedah siasat untuk melihat sama ada ia kejadian bunuh atau bunuh diri, katanya.
Kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk bedah siasat. - BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...