Rabu, 18 Mac 2020

#KEBAJIKAN PDRM: TABUNG AMANAH WARISAN POLIS


Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) adalah sebuah Tabung yang ditubuhkan melalui Suratcara Amanah pada 14 September 1992, khusus untuk membantu dalam hal-hal kebajikan pegawai dan anggota polis yang telah bersara termasuk tanggungan mereka. Seperti yang diketahui, terdapat 5 jenis bantuan di bawah TAWP iaitu :
·         TAWP 1  Khairat kematian
·         TAWP 2  Bantuan Pergerakan
·         TAWP 3  Bantuan Perubatan / Anggota Palsu
·         TAWP 4  Bantuan Pendidikan
·         TAWP 5  Bantuan Bencana Alam

TAWP 1  KHAIRAT KEMATIAN

·         Bekas Polis -RM 1,000.00
·         Isteri/suami bekas polis – RM 500.00
·  Anak bawah tanggungan (hingga ijazah pertama) – RM 250.00

SYARAT-SYARAT KHAS :
·  Sijil kematian bekas polis/balu/duda/anak bawah tanggungan yang disahkan.
·         Kad pengenalan waris yang memohon yang disahkan.
·         Rekod perkhidmatan atau kad pesara yang disahkan.
· Sijil nikah atau sijil kelahiran anak disahkan oleh penghulu/ketua kampung.
·         Jika balu atau duda bekas polis meninggal dunia, anak atau waris yang menjaga hanya layak mendapat bantuan RM 500.00 sahaja.
·  Jika anak dalam tanggungan (sehingga ijazah pertama) meninggal dunia, bapa/ibu/waris yang menjaga hanya layak mendapat bantuan RM 250.00 sahaja. Permohonan mestilah dikemukakan dalam tempoh enam bulan (6) selepas tarikh kematian.

TAWP 2  BANTUAN PERGERAKAN

·         Bantuan ini untuk SEKALI PERMINTAAN sahaja
·         Kerusi roda – RM 620.00
·         Tongkat kaki 1 – RM 30.00
·         Tongkat kaki 3 – RM 54.00
·         Tongkat bahu – RM 58.00
·         Walking frame – RM 130.00

SYARAT KHAS :
·         1 salinan surat Pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan
·         1 salinan baucer/resit peralatan yang akan dibeli
·         Mulai 9/10/2006 permohonan mesti melalui Syarikat yang dilantik
·         Salinan resit/invois peralatan yang ditempah

Bantuan TAWP 2 layak diberi kepada :
1. Isteri/suami bekas polis
2. Balu/duda bekas polis
3. Anak-anak kurang upaya dalam tanggungan bekas polis
4. Tidak berupaya membiayai perbelanjaan & tidak mendapat bantuan lain
5.Pemberian bantuan hanya 1 kali sahaja bagi setiap peralatan

TAWP 3  BANTUAN PERUBATAN / ANGGOTA PALSU

·         Perubatan – RM 300.00
·         Lain-lain seperti tangan palsu, kaki palsu dan lain-lain alat palsu tidak melebihi RM 5,000.00

Syarat Khas :
·         1 salinan Laporan Pegawai Perubatan Kerajaan
·         1 salinan baucer/resit peralatan yang akan dibeli
·         Mulai 9/10/2006 permohonan mesti melalui Syarikat yang dilantik

Bantuan TAWP 3 layak diberi kepada :
1. Isteri/suami bekas polis
2. Balu/duda bekas polis
3. Anak-anak kurang upaya dalam tanggungan bekas polis

TAWP 4  BANTUAN PENDIDIKAN

·         Peringkat rendah- RM 150.00
·         Peringkat menengah- RM 300.00
·         Peringkat tinggi- RM 500.00

Syarat Khas;
·  Diberi kepada anak-anak bekas polis yang masih dalam peringkat persekolahan dan pengajian tinggi.
·         1 orang anak hanya layak untuk mendapat bantuan TAWP 4 satu kali sahaja mengikut persekolahan dan pengajian tinggi
·  Permohonan dibuat dalam tahun kemasukan bagi semua kategori bantuan
·         Mengemukakan permohonan seperti berikut :-
o    1 salinan surat pengesahan daripada:-
§  peringkat rendah – Pengesahan guru besar
§  Peringkat menengah – Pengesahan pengetua
§  Peringkat tinggi – Pengesahan Bahagian Hal Ehwal Pelajar IPT
o    Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran Pelajar
o Mengemukakan salinan surat tawaran kemasukan yang disahkan

TAWP 5  BANTUAN BENCANA ALAM


Had maksima RM 5,000.00
Syarat Khas;
1. 1 salinan Laporan Polis dan Laporan Pegawai Kebajikan Daerah
2. 1 salinan laporan polis serta laporan pegawai kebajikan
3. Gambar kerosakan harta benda / kediaman
4. Permohonan dalam tahun bencana berlaku

Bantuan TAWP 5 layak diberi kepada:
·         Isteri/suami bekas polis
·         Balu/duda bekas polis
·         Kerosakan yang diberi bantuan :-
o    Rumah
o    Tanaman
o    Ternakan

Rujukan: KLIK DISINI

Selasa, 3 Mac 2020

5 SUDAH DITAHAN KES HINA AGONG


GEORGETOWN, 8 Rejab 1441H, Selasa – Pihak polis telah membuka 10 kertas siasatan berkaitan kes penghinaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di laman sosial Facebook.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, sehingga kini lima suspek telah ditahan manakala lima lagi baki yang terbabit kes sama masih dikesan.
“Lima yang ditahan sudah direman dan sekarang tunggulah keputusan daripada pendakwa raya.
“Kini, polis sedang mengesan yang lain dan dipercayai mereka masih berada dalam negara,” katanya kepada pemberita seperti dilapor media tempatan.
Terdahulu, polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun berikutan memuat naik status menghina Yang di-Pertuan Agong di Facebook, diikuti penahanan dua lelaki dari Sungai Buloh Selangor dan Sandakan Sabah, semalam.
Ketika ditanya mengenai seorang daripada suspek yang memiliki kad Orang Kurang Upaya (OKU), Mazlan berkata, walaupun individu berkenaan boleh mendakwa dirinya mempunyai masalah kesihatan, namun segala keputusan akan ditentukan oleh mahkamah.
“(Jika) dia pandai menulis dalam sosial media, pandailah dia jawab kepada mahkamah nanti,” katanya seperti dilapor media tempatan.
Kes terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pada masa sama, Mazlan berkata, pihaknya dalam proses memanggil penganjur perhimpunan haram di sekitar ibu negara, selepas menerima laporan mengenainya.
“Itu masih dalam tindakan dan akan dilaksanakan kerana laporan polis sudah dibuat,” katanya.
Rujukan: KLIK DISINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...