Ahad, 4 November 2012

Lelaki dicari bantu kes tetak


Lelaki dicari bantu kes tetak
TAMPIN – Polis memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang lelaki tempatan, Pragasu M Arumugam atau lebih dikenali sebagai German bagi membantu siasatan berhubung kes tetak di hadapan Hospital Tampin, 19 September lalu.

Lelaki berkenaan bernombor kad pengenalan 890619-05-5601 yang mempunyai alamat terakhir di Taman Baiduri, Alor Gajah Melaka.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang memohon orang awam yang melihat lelaki berkenaan supaya dapat menghubungi Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin, Asisten Superintendan Mohamad Safari Sidik di talian 06-4411221 atau 06-4411222.

Petugas Pejabat Hutan Bentong maut selepas disamun dirumahnya


KUANTAN - Seorang petugas Pejabat Hutan Daerah Bentong maut manakala isterinya cedera dalam kejadian samun di kuarters Pejabat Hutan Bentong, Jalan Tras dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Abdul Aziz Salleh berkata dalam kejadian pada 4.40 pagi, Khairul Hazri Jamaludin, 31, dan isterinya yang berusia 28 tahun, sedang tidur di ruang tamu.
Katanya pasangan itu tiba-tiba dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki bertopeng dan bersenjatakan senapang patah yang masuk ke dalam rumah menerusi tingkap bahagian dapur.

Pejabat Sinar Harian Terengganu dipecah masuk


Pejabat Sinar Harian Terengganu dipecah masuk
KUALA TERENGGANU - Pejabat Sinar Harian cawangan Terengganu dan sebuah SPA kecantikan serta sebuah kedai serbaneka di Jalan Sultan Mahmud, Batu Burok di sini, dipecah masuk, hari ini.

Kejadian tersebut hanya disedari pagi ini apabila pekerja di ketiga-tiga buah premis memulakan operasi.

Wartawan Kanan Sinar Harian cawangan Terengganu, Farah Shazwani Ali berkata, kejadian tersebut hanya disedari kira-kira jam sembilan pagi oleh salah seorang wartawan yang datang membuka pejabat.

Isteri Peniaga Balak Mati Ditembak Di Luar Cafe

Gambar hiasan

SIBU: Dalam satu kejadian yang dipercayai melibatkan pembunuh upahan, isteri seorang peniaga balak maut apabila seorang lelaki melepaskan tembakan ketika pasangan itu, bersama sepasang lagi suami isteri, duduk di sebuah meja di kaki lima sebuah cafe di Jalan Pahlawan di sini tengahSabtu.
Law Leh Kuong, 44, yang ditembak di kepala pada jarak dekat, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta kira-kira tiga jam selepas kejadian yang berlaku pada 12.10 tengah hari di luar 101 Cafe itu.
Selepas menambak mangsa, lelaki berkenaan, yang bersenjatakan senapang pam,melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Wira merah yang turut dinaiki tiga rakannya.

Lori Kempen DAP Dicuri

Gambar hiasan

PETALING JAYA: Sebuah lori kempen DAP dilaporkan telah dicuri pada awal pagi Sabtu di Johor Baru.
Ketua Pemuda DAP dan Pengerusi Parti itu bagi Negeri Sembilan, Anthony Loke berkata, walaupun mereka tidak begitu pasti sama ada lori itu “tersalahletak” atau dicuri, tetapi berkemungkinan oleh kecurian.
Beliau berkata, kenderaan seberat lima tan itu dilihat kali terakhir oleh para pekerja parti di luar sebuah kedai di Taman Tun Aminah, Skudai pada pukul 1 pagi pada Sabtu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...