Isnin, 16 Julai 2012

Perunding syarikat rugi RM25,000 selepas rumah dimasuki tiga penyamun



KUANTAN - Seorang perunding sebuah syarikat swasta kerugian RM25,000 selepas rumahnya di Bukit Astana Golf disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 6 pagi itu, lelaki berusia 48 tahun bersama isteri dan empat anaknya sedang tidur nyenyak sebelum dikejutkan suspek yang mengacukan pisau ke arah mangsa.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata mangsa dan anggota keluarganya dikumpulkan dalam satu bilik ketika suspek menggeledah rumah mangsa.

"Sejurus kemudian, ketiga-tiga suspek berkenaan melarikan diri melalui pintu belakang dengan menaiki sebuah kereta menghala ke Jalan Pintasan-Pelabuhan Kuantan.

TM rugi lebih RM750,000 gara-gara kes curi kabel


TM rugi lebih RM750,000 gara-gara kes curi kabel

KUALA TERENGGANU – Telekom Malaysia (TM) Terengganu mengalami kerugian kira-kira RM750, 000 berikutan lebih 200 kes kecurian kabel yang direkodkan mulai Januari hingga Jun tahun ini.

Pengurus Besarnya, Hamidon Ismail berkata, daerah Besut dan Setiu mencatatkan kes kecurian kabel paling tinggi manakala penjenayah dilihat semakin berani dengan pelbagai taktik yang digunakan.

“Kita tidak nafikan berikutan masalah ini, kami terpaksa menanggung kerugian yang tinggi terutamanya bagi kerja-kerja pemasangan semula kabel, di samping dalam masa sama, perkhidmatan kepada pelanggan juga turut terjejas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...