KUANTAN - Tiga perompak bertopeng dipercayai warga asing menjadikan seorang kanak-kanak berusia 9 tahun sebagai tawanan sebelum bertindak menyamun sebuah keluarga dalam satu kejadian di Kampung Pandan 1, di sini, awal pagi semalam.

Gambar hiasan
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, seorang ahli keluarga terbabit berusia lingkungan 30-an diikat perompak manakala yang lain diugut akan dicederakan jika cuba melawan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, dalam kejadian itu, mangsa kerugian kira-kira RM8,000 apabila sejumlah barang kemas dan wang tunai RM600 dikebas perompak yang bersenjatakan pisau.

Menurutnya, ketika  kejadian semua mangsa termasuk satu keluarga yang datang dari Johor sedang tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi bising dari bahagian tengah rumah.