Isnin, 26 November 2012

Polis Ambil Keterangan Mangsa Penjualan Pingat Palsu


KOTA BARU: Polis akan mengambil keterangan daripada empat individu mangsa penjualan pingat dan darjah kebesaran negeri Kelantan bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata pihaknya kini hampir menyiapkan kertas siasatan dan akan mengemukakannya kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
"Kita akan mendapatkan maklumat daripada penerima yang bermastautin di Sarawak," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, Ahad.
Sehubungan dengan itu Jalaluddin menasihatkan agar orang ramai tidak tertipu dengan tawaran memperoleh pingat dan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri Diraja oleh pihak tertentu yang ingin menipu.
Ketua istiadat negeri, Datuk Abdul Halim Hamad dilaporkan berkata sebelum ini bahawa pihak Istana Kelantan mengesan ada pihak tertentu cuba mencari sumber kewangan menipu orang ramai dan mendakwa boleh mendapatkan kurnia darjah kebesaran negeri Kelantan.
Pingat dan darjah kebesaran yang dijual itu dikatakan sehingga mencecah RM200,000.BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...