Khamis, 14 Jun 2012

SUAMI MATI DIKASARI DIHADAPAN ISTERI

pix_topright
SENAI: Seorang wanita hanya mampu meraung kesedihan apabila melihat suaminya dikasari hingga mati oleh enam penjenayah warga Vietnam yang menyamun mereka di sebuah rumah di Taman Senai Baru, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, wanita berusia 30 tahun berkenaan diikat dan dikawal lima daripada lelaki terbabit manakala seorang lagi penjenayah mengugut suaminya sambil mengarahkannya menyerahkan wang serta barangan berharga.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkifly Yahya berkata, mangsa, Low Kwang Kean, 41, bertengkar dengan penjenayah sebaik penyamun terbabit meminta dia menyerahkan wang serta barangan berharga.

“Tiba-tiba, penjenayah menolak Low hingga jatuh menyebabkan mangsa mengalami pendarahan teruk di kepala dan kejadian itu berlaku di depan isterinya,” katanya, semalam.

Pengawal keselamatan mati dipukul di kepala


Image Detail

KAJANG — Seorang pengawal keselamatan mati akibat dipukul di kepala di Taman Sri Langat, Jalan Reko di sini semalam.

Mayat T.Saikeran, 50, ditemui dengan tiga kesan koyakan di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata kejadian pada pukul 2.45 petang itu dipercayai berpunca daripada pergaduhan.

"Mangsa dipercayai dipukul dengan sebatang besi. Kami menemui sebatang besi dengan kesan darah berhampiran kawasan mayat lelaki itu ditemui,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Sehubungan itu polis menahan seorang lelaki berusia 41 tahun di sekitar Kajang beberapa jam selepas kejadian bagi membantu siasatan kes itu.

Mayat Saikeran dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. — BERNAMA

SINDIKIT PERJUDIAN BERLELUASA DI SELANGOR ???

PENJAGA premis dan sebahagian pelanggan yang ditahan kerana disyaki berjudi di sebuah pusat kafe siber di Bandar Baru Klang, Klang kelmarin.

Bilik judi 'rahsia' kena serbu

KLANG – Taktik licik pengusaha sebuah pusat kafe siber menjalankan kegiatan perjudian dalam bilik rahsia terbongkar apabila polis menyerbu premis itu di Bandar Baru Klang di sini malam kelmarin.

Dalam serbuan pada pukul 8 malam itu, polis merampas 25 mesin slot perjudian dan 11 unit komputer yang digunakan untuk menjalankan kegiatan judi dalam talian dianggarkan bernilai RM100,000.

Taktik tersebut hasil serbuan sepasukan pegawai dan anggota bahagian Risikan dan Operasi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor. 

JENAYAH DI KELANTAN MENINGKAT ???


 


Peti besi dikopak, emas lesap

KUALA KRAI – Seorang peniaga kedai emas kerugian RM300,000 apabila peti besi tempat menyimpan barangan berharga dikopak dalam kejadian di Jalan Yahya Petra di sini semalam.

Pemilik kedai itu, Lew Siao Ping, 48, berkata, dia menyedari kejadian tersebut pada pukul 5.30 pagi ketika pulang ke rumah yang terletak di tingkat dua bangunan rumah kedai tiga tingkat tersebut.Kedai emas mangsa terletak di tingkat bawah.

“Saya mula curiga apabila melihat pintu jeriji di tingkat bawah kena pecah. 

“Saya terus masuk ke dalam kedai dan terkejut apabila melihat peti besi tempat menyimpang barangan kemas terbuka manakala semua barang tersebut telah tiada,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

 

Ah long lempar bom terhadap peminjam


Image Detail

NIBONG TEBAL 11 Jun - Berang dengan peminjamnya yang gagal melunaskan hutang, sekumpulan ah long disyaki bertindak membaling bom buatan sendiri di sebuah rumah di Taman Belibis, Simpang Ampat, di sini malam tadi.
Kejadian pukul 9.20 malam yang mengakibatkan letupan kuat sehingga menggemparkan penduduk di situ, mengakibatkan bumbung rumah teres dua tingkat itu mengalami kesan terbakar.

Bagaimanapun insiden itu tidak melibatkan sebarang kecederaan ekoran rumah tersebut telah dilelong pihak bank dan tiada berpenghuni kerana pemiliknya telah diisytiharkan muflis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supritendan Shafien Mamat berkata, siasatan mendapati bahan letupan itu diperbuat daripada karbaid yang diisi di dalam botol air besi.

Pengusaha kedai besi buruk maut ditetak

Image Detail
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR 12 Jun - Seorang pengusaha kedai besi buruk maut akibat ditetak oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di Taman Wilayah, Jinjang di sini petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4.10 petang ketika mangsa yang berusia lingkungan 30-an bersama tiga pekerja berada di kedai besi miliknya.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, dalam kejadian itu, sekumpulan lelaki yang memakai topeng tiba-tiba muncul di depan premis mangsa dengan menaiki empat buah kereta.

PGA rampas pakaian seludup pasaran Aidilfitri


Image Detail
Gambar hiasan

RANTAU PANJANG 12 Jun - Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 597 helai pakaian lelaki dianggarkan bernilai RM29,850 yang dipercayai diseludup dari negara jiran untuk pasaran Hari Raya Aidilfitri berhampiran kawasan pangkalan haram Tebu, dekat sini petang semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 4 petang itu, sekumpulan anggota dari unit tindakan PGA telah dikerah ke tempat kejadian selepas mendapat maklumat mengenai aktiviti penyeludupan. 


Pekerja kilang maut ditikam


Image Detail
Gambar hiasan


TUMPAT 12 Jun - Seorang pekerja kilang maut dipercayai akibat ditikam dengan sebilah keris oleh seorang lelaki di Kampung Laut, Palekbang dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 malam, Mohd. Al-Sedenadi Mat Rahim, 26, yang cedera parah di dada kanan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Tumpat.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, mangsa bersama lima rakan termasuk adiknya sebelum itu pergi ke tempat kejadian untuk berjumpa dengan suspek kerana didakwa telah menampar saudaranya, Zulhilmi Zu.

Maut selepas disamun 6 warga Vietnam

Image Detail
JOHOR BAHRU 13 Jun - Seorang pekerja kilang mati dibunuh selepas disamun enam lelaki warga Vietnam di rumahnya di Jalan Padi Mahsuri 2, Taman Senai Baru dekat sini malam tadi.

Kejadian berlaku pukul 11.30 malam ketika mangsa, Low Kwang Kean, 41, dan isterinya seorang warga Vietnam berusia 30 tahun berada dalam bilik.

Ketua Polis Daerah Kulai Jaya, Supritendan Zulkefly Yahya berkata, sekumpulan lelaki termasuk dua rakan serumahnya tiba-tiba muncul dan mengetuk pintu bilik mangsa.

"Sejurus mangsa membuka pintu bilik, salah seorang suspek menolak lelaki itu sehingga jatuh sebelum mengikat dia dan isterinya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zulkefly berkata, salah seorang daripada suspek kemudian meminta sejumlah wang daripada mangsa sehingga berlaku pertengkaran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...