Rabu, 22 Julai 2015

30 Peniaga Low Yatt Disiasat Polis, 4 ditahan bawah Akta Hasutan

Polis dilaporkan menahan hampir 30 orang peniaga Plaza Low Yatt sebagai sebahagian siasatan terhadap insiden pergaduhan Sabtu dan Ahad lalu dakwa Ketua Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Bukit Bintang, See Foo Hong kepada portal berita Malaysiakini.com
Sementara itu, pemilik kedai telefon bimbit yang dikenali sebagai Tim Chon berkata anggota polis berpakaian biasa mengambil beliau dan sembilan pekerjanya untuk soal siasat. Mereka hanya dibebaskan jam lima petang semalam.
Jurucakap Polis Daerah Dang Wangi dilaporkan mengesahkan bahawa empat orang peniaga ditahan di bawah Seksyen 147 dan 427, Kanun Keseksaan kerana mencetuskan huru hara dan kerosakan.

Pendedahan Melanyi: Polis Tidak Tolak Kemungkinan Tahan Pihak Terlibat

Pendedahan Melanyi: Polis Tidak Tolak Kemungkinan Polis tidak menolak kemungkinan menahan beberapa individu yang didakwa bekas Pengarang Sarawak Tribune Lester Melanyi terlibat dalam komplot untuk menjatuhkan kerajaan secara tidak demokratik.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan meminta semua pihak memberi ruang kepada pihaknya menjalankan siasatan dengan penuh berhati-hati.
“Ini satu perkara yang amat serius seperti saya sebut sebelum ini. Pendedahan ini mengejutkan dan amat serius dan kita perlu jalankan siasatan dengan terperinci serta berhati-hati kerana ada kemungkinan orang yang terlibat itu akan ditahan untuk siasatan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan polis bantuan koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Berhad di i-City di sini Rabu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...