Pendedahan
Melanyi: Polis Tidak Tolak Kemungkinan Polis tidak menolak kemungkinan menahan
beberapa individu yang didakwa bekas Pengarang Sarawak Tribune Lester Melanyi
terlibat dalam komplot untuk menjatuhkan kerajaan secara tidak demokratik.
Ketua Polis
Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai
perkara itu dan meminta semua pihak memberi ruang kepada pihaknya menjalankan
siasatan dengan penuh berhati-hati.
“Ini satu
perkara yang amat serius seperti saya sebut sebelum ini. Pendedahan ini
mengejutkan dan amat serius dan kita perlu jalankan siasatan dengan terperinci
serta berhati-hati kerana ada kemungkinan orang yang terlibat itu akan ditahan
untuk siasatan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan polis bantuan
koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Berhad di i-City di sini Rabu.
