Isnin, 11 Ogos 2014

#Jenayah Kekerasan: Pekerja setor ayam ditemui mati ditikam

Gambar hiasan
BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki warga asing yang bekerja di setor pengumpulan ayam ditemui mati dengan kesan kecederaan di beberapa bahagian badan selepas dipercayai terlibat dalam pergaduhan dengan rakan sekerjanya awal pagi tadi.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.27 pagi di setor berkenaan yang terletak di Jalan Pasar Permatang Tinggi, di sini itu, mangsa, Win Khaw yang merupakan warga Myanmar berusia sekitar 20-an ditemui berlumuran darah di kawasan tandas asrama pekerja.

Menurut sumber polis, hasil siasatan awal mendapati terdapat lima kesan tikaman di bahagian dada dan perut mangsa. - KOSMO!

#Jenayah Kekerasan: Mangsa culik warga Bangladesh ditemui mati


GEORGE TOWN - Seorang daripada dua warga Bangladesh yang dilapor diculik sekumpulan lelaki warga Myanmar ditemui mati di Bukit Gambir di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa berusia 39 tahun itu ditemui pukul 1.30 petang tadi dalam keadaan bogel serta mukanya ditutup dengan baju serta kesan jerutan di leher.

#Jenayah Kekerasan: Empat sahabat kerugian RM160,000 disamun lelaki bersenjatakan pistol


NIBONG TEBAL - Empat sahabat kerugian lebih RM160,000 selepas pelbagai barangan berharga milik mereka disamun tiga lelaki yang bersenjatakan sepucuk pistol ketika sedang minum di sebuah kedai makanan di Sungai Bakap, di sini awal hari ini.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian pukul 5 pagi itu, empat lelaki berusia 30 hingga 48 tahun itu sedang minum sebelum sebuah kereta jenis Proton Saga yang dinaiki tiga suspek berhenti di hadapan kedai makan tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...