Memaparkan catatan dengan label Kes Culik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kes Culik. Papar semua catatan

Isnin, 31 Julai 2017

Inspektor ditahan terima rasuah bebaskan suspek culik

SHAH ALAM: Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor ditahan kerana disyaki menerima rasuah bagi membebaskan seorang suspek kes culik, Khamis lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad, berkata pegawai berkenaan yang berusia 32 tahun bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah di Gombak.
"Dia kini direman seminggu hingga 3 Ogos depan dan ditahan mengikut Seksyen 17, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Fadzil berkata, jumlah wang yang diterima pegawai berkenaan masih dalam siasatan.
Januari lalu, polis menahan lima warga tempatan berusia antara 22 hingga 35 tahun selepas didapati terbabit menculik seorang pengurus syarikat pemborong runcit dan pengangkutan berusia 33 tahun di Bandar Country Homes, Rawang.
Polis juga berjaya menemui wang tebusan berjumlah RM300,000 yang diminta suspek dari keluarga mangsa.

Sumber: KLIK DISINI

Rabu, 14 Oktober 2015

Lakaran Suspek Culik Warga Emas


KUALA LUMPUR: Polis mengedarkan lakaran wajah seorang lelaki dipercayai terlibat kes culik seorang warga emas di Jalan Api-api Kepong Baru, Kepong di sini, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata suspek adalah lelaki berbangsa India berusia lingkungan 30-an dan mempunyai ketinggian antara 150 dan 160 sentimeter.

"Kita telah peroleh lakaran wajah seorang daripada empat suspek yang terlibat berdasarkan keterangan mangsa serta melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah mangsa," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ahad, 1 Februari 2015

Selesai kes culik: Syabas Stafoc dan JSJ Selangor


KUALA LUMPUR, 1 Februari: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam status Twitternya mengucapkan syabas kepada Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, atas kejayaan menyelesaikan kes penculikan seorang kanak-kanak lelaki berumur lima tahun, di Klang, pada 22 Januari lalu, dengan tertangkapnya enam lelaki dalam dua serbuan, pada awal pagi Sabtu.

“@PDRMsia Alhamdulillah kanak-kanak selamat.

“Syabas Stafoc dan JSJ Selangor berjaya selamat kanak-kanak lima tahun diculik di Selangor, dikurung di Port Dickson. Lima penculik ditangkap,” katanya.

Dalam pada itu, ketua JSJ Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, polis menemui kanak-kanak warga tempatan itu dalam serbuan pertama, dia sebuah pangsapuri di Port Dickson, Negeri Sembilan, pada jam 12.05 pagi.

Ahad, 19 Oktober 2014

Politeknik Ibrahim Sultan Sahkan Seorang Penuntutnya Diculik


JOHOR BAHARU: Pentadbiran Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang mengesahkan seorang penuntut wanita telah diculik beberapa individu tidak dikenali di hadapan kediamannya di Taman Scientex di sini malam Jumaat.

Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) PIS, Abdul Razak Salim berkata, mangsa yang berasal daripada Kuala Lumpur merupakan penuntut semester lima jurusan Diploma Rekaan Fesyen di institusi pendidikan terbabit. 

Isnin, 11 Ogos 2014

#Jenayah Kekerasan: Mangsa culik warga Bangladesh ditemui mati


GEORGE TOWN - Seorang daripada dua warga Bangladesh yang dilapor diculik sekumpulan lelaki warga Myanmar ditemui mati di Bukit Gambir di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa berusia 39 tahun itu ditemui pukul 1.30 petang tadi dalam keadaan bogel serta mukanya ditutup dengan baju serta kesan jerutan di leher.

Jumaat, 4 Julai 2014

Empat sekeluarga disamun dan diculik dua lelaki bersenjatakan parang

Gambar hisan
GEORGE TOWN - Empat sekeluarga bukan sahaja berdepan detik cemas apabila rumah mereka di Taman Hutching di sini disamun dua lelaki, malah mereka turut diculik dan ditinggalkan di tepi jalan di Tikam Batu, Kedah hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, dua lelaki berumur lingkungan 20-an dilapor memecah masuk rumah keluarga berkenaan melalui bumbung bilik air pada pukul 4.30 pagi.
"Ketika itu pasangan suami isteri berusia 51 dan 49 tahun serta dua anak perempuan mereka berusia 14 dan 19 tahun sedang tidur di bilik masing-masing.
"Dua lelaki itu masuk ke bilik anggota keluarga berkenaan dan mengarahkan mereka berkumpul di ruang tamu,” katanya kepada pemberita selepas melawat rumah mangsa di Taman Hutching di sini hari ini.
Tambahnya, dua lelaki yang memakai kain penutup mulut dan bersenjatakan parang itu menggeledah rumah berkenaan dan menemui wang tunai RM4,000 serta barang kemas bernilai RM1,500. - Bernama

Jumaat, 20 Disember 2013

Kes Culik Di Semporna: Pelancong Taiwan Berjaya Diselamatkan

PETALING JAYA: Seorang pelancong warga Taiwan yang diculik dari Pulau Pom Pom di luar pantai Sabah pada 15 November lalu telah diselamatkan oleh pasukan keselamatan Filipina, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Menerusi tulisan Khalid di Twitter miliknya, beliau mengucapkan tahniah kepada rakyat Filipina kerana berjaya menyelamatkan Chang An Wei.
"Mangsa telah diselamatkan di Sulu dan dibawa ke hospital di sana.
"Wanita itu akan diterbangkan ke Zamboanga City esok (Sabtu)," kata Khalid, sambil menambah bahawa pihak berkuasa Filipina akan mendedahkan lebih banyak butiran dan perkembangan lanjut berhubung perkara itu.
Dalam insiden pada 15 November lalu, sekumpulan lelaki bersenjata menembak mati suami Chang dan menculiknya dalam satu serbuan di resort di Pulau Pom Pom di luar pantai Semporna di pantai timur Sabah.
Laporan awal menyatakan bahawa kumpulan lelaki bersenjata itu mendarat di villa atas air diPom Pom Island Resort and Spa dan menggeledah tiga daripada enam villa termasuk satu unit yang didiami oleh mangsa Lim Min Hsu, 57, dan Chang, 58.
Ketika serbuan itu, terdapat 48 pelancong dan kakitangan di pulau itu, tetapi tidak dipastikan jumlah sebenar kesemuanya.
Resort berkenaan terletak kira-kira 1 kilometer dari pangkalan Pasukan Gerakan Am (PGA) dan keselamatan diperketatkan di perairan dari Semporna ke Lahad Datu di laut Sulu dan Sulawesi sejak kumpulan bersenjata Sulu menyerang Lahad Datu pada Februari lalu.
Menurut laporan awal berhubung insiden tembakan di Pulau Pom Pom, seorang penyelia di resort itu mendengar bunyi tembakan pada pukul 1 pagi Jumaat dan segera memaklumkan mengenainya kepada pihak PGA.
Sejumlah besar anggota PGA segera bergegas ke resort itu di mana mereka mendapati mayat Lin dengan kesan luka dua tembakan di koridor.
Isterinya bagaimanapun hilang dan dia dipercayai telah diculik oleh kumpulan lelaki bersenjata itu, di mana difahamkan mereka menuju ke Pulau Mataking dekat perairan Filipina.

Jumaat, 7 Jun 2013

Penggurup wang rugi RM90,000 diculik, disamun


JEMPOL 6 Jun - Seorang pengurus sebuah premis pengurup wang kerugian RM90,000 selepas diculik lapan penjenayah bertopeng bersenjatakan parang yang turut menculik mangsa dan pembantunya dalam dua kejadian berbeza ketika kedua-duanya hendak keluar ke tempat kerja pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Supritendan Tukiman Seriman menjelaskan, kejadian pukul 8.45 pagi itu berlaku semasa pengurus tersebut yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun keluar rumahnya di Taman T Juara dekat Bahau dan mahu pergi ke tempat kerja. - UTUSAN ONLINE


Sabtu, 27 April 2013

Along mula mengganas ???


Foto
Johor Bahru: Seorang suri rumah berusia 20 tahun berdepan detik cemas apabila diculik selama dua jam 15 minit dari rumahnya di Taman Suria Muafakat di sini, kelmarin oleh sekumpulan along akibat kegagalan suaminya membayar pinjaman RM500 kepada kumpulan terbabit.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa bersendirian di rumah sebelum didatangi sekumpulan along terbabit.

Selasa, 26 Mac 2013

Isteri diculik adik angkat


Isteri diculik adik angkat
ALOR GAJAH - Gara-gara jatuh hati terhadap isteri orang, seorang remaja lelaki berusia 20 tahun tergamak menculik dan mengurung wanita terbabit yang baru habis pantang di sebuah rumah, di sekitar daerah ini, sejak minggu lalu.

Suami wanita terbabit, Zulhairi (bukan nama sebenar), 30, berkata, pada 16 Mac lalu sebaik terjaga dari tidur, dia terkejut menyedari isterinya, Suraya (bukan nama sebenar), 28,  tiada di sebelah dan sebuah beg juga hilang sebelum cuba mencarinya di kawasan sekitar.

Jumaat, 31 Ogos 2012

Pura-pura kereta rosak sebelum culik mekanik


SUBANG JAYA – Malang bagi seorang pekerja sebuah kedai aksesori kereta apabila dia dikurung selama 17 jam selepas dilarikan seorang lelaki yang berpura-pura meminta bantuan membaiki kereta yang didakwa rosak di rumahnya.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 pagi itu, suspek dikatakan ke bengkel tempat mangsa bekerja dan memaklumkan enjin keretanya yang ditinggalkan di rumah gagal dihidupkan.
Suspek kemudian dikatakan meminta bantuan pengusaha bengkel meminjamkan seorang pekerjanya untuk melihat kerosakan dialami dan membawa kereta itu ke bengkel.

Sabtu, 18 Ogos 2012

Sathiskumar lima tahun dipercayai diculik


PULAU PINANG 17 Ogos - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dilaporkan hilang sejak sembilan hari lalu di Permatang Pauh di sini.

T. Sathiskumar (gambar) hilang dan gagal dikesan semasa keluar bersama datuk dan bapa tirinya ketika dalam perjalanan ke Bukit Kayu Hitam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, kehilangan mangsa dilaporkan kepada polis oleh ibunya, K. Parwathy, 28, pada Ahad lalu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kanak-kanak itu hilang dalam perjalanan ke Bukit Kayu Hitam untuk menghantar bekalan jus minuman, memandangkan bapa tiri mangsa bekerja sebagai seorang pemandu lori.

Sabtu, 4 Ogos 2012

Ibu bimbang anak diculik untuk dijadikan pelacur

CHEAK HOCK (kiri) bersama Lu Ceng menunjukkan gambar Yvonne di Wangsa Maju, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri, Phua Cheak Hock, 42, dan Tan Lu Ceng dari Wangsa Maju di sini, mengesyaki kehilangan anak perempuannya sejak Rabu lalu adalah akibat menjadi mangsa culik dua individu yang mempergunakan pelajar-pelajar perempuan untuk kegiatan pelacuran.
Menurut ibu malang itu, Lu Ceng, 42, anaknya, Yvonne Phua Sze Kei, 18, merupakan pelajar Sekolah Menengah Perempuan Air Panas, Setapak telah hilang secara tiba-tiba dari sekolah pada 1 Ogos lalu.
"Pada hari kejadian, saya telah menghantar Yvonne ke sekolah pada waktu pagi dan nampak dia terus memasuki kawasan sekolah seperti biasa.

Sabtu, 16 Jun 2012

Anak jutawan diculik


Image Detail
SHAH ALAM – Anak lelaki seorang jutawan bersama pengawal peribadinya diculik di sebuah kawasan di Kuala Selangor, Isnin lalu. Menurut sumber, mangsa, berusia 40-an dan pekerjanya, 30-an, dibebaskan selepas keluarga mangsa membayar wang tebusan sebanyak RM500,000.

Katanya, mereka dibebaskan di sebuah kawasan di Rawang, kelmarin dan tidak dicederakan. Sumber berkata, sebelum itu, penjenayah menghubungi  keluarga mangsa dan menuntutwang tebusan RM1 juta.  Bertindak daripada laporan tersebut, polis memberkas seorang lelaki bersama sebahagian wang tersebut, manakala empat lagi lelaki diburu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah ketika dihubungi enggan mengulas lanjut.

Rabu, 9 Mei 2012

Culik Nayati: 5 suspek diberkas, 2 larikan diri


KUALA LUMPUR – Empat lelaki dan seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kes penculikan kanak-kanak warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar pada 27 April lepas, berjaya ditangkap, manakala dua perancang utama kes itu dipercayai melarikan diri ke luar negara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin dalam sidang akhbar di sini hari ini berkata, lima suspek berumur antara 18 hingga 40 tahun itu direman selama 14 hari bermula semalam.

Jumaat, 11 Mac 2011

Bekas pramugara dalang geng culik

KLANG9 Mac – Polis berjaya memberkas kumpulan penculik yang diketuai seorang bekas pramugara kira-kira 15 minit selepas mereka menerima wang tebusan berupa 10 ketul emas bernilai RM1.44 juta dalam dua serbuan berasingan di bandar ini awal pagi ini.

Serbuan pertama yang melibatkan penahanan dua penculik dilakukan di Jalan Pos Baru di sini kira-kira pukul 1 pagi dan enam jam selepas itu tiga rakan jenayah mereka diberkas di Taman Sentosa.

Terdahulu, polis menyelamatkan seorang pengarah sebuah syarikat sekuriti berusia 62 tahun yang diculik kumpulan itu sejak Isnin lalu di lokasi dirahsiakan pada pukul 12.45 tengah malam iaitu kira-kira 48 jam selepas dia diculik.

Khamis, 3 Mac 2011

Orang Dikehendaki - Johor

Rabu, 2 Mac 2011

3 polis bantuan subahat culik

DICULIK...tiga mangsa culik warga Pakistan  yang diselamatkan.
ICULIK...tiga mangsa culik warga Pakistan yang diselamatkan.

KUALA LUMPUR: Tiga anggota polis bantuan yang bertugas di sebuah syarikat di ibu negara diberkas dalam beberapa serbuan minggu lalu kerana dipercayai bersubahat dengan satu kumpulan penculikan membabitkan warga Pakistan.

Ketiga-tiga lelaki berusia 30-an itu dipercayai bersubahat dengan kumpulan penculik yang didalangi warga Pakistan untuk menyamar sebagai polis dengan mereka berpura-pura memeriksa mangsa yang juga warga Pakistan sebelum menculik mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...