Khamis, 6 Disember 2018

TAHNIAH & SYABAS DSP ADLI: CIPTA BOT AMFIBIA BANTU MANGSA BANJIR


HULU TERENGGANU - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu BERJAYA MEREKA CIPTA BOT AMFIBIA yang mampu bergerak di daratan dan air untuk kegunaan pada musim banjir tidak lama lagi.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata, bot amfibia yang diberi nama 'AMFIBIA QBER' tersebut merupakan inovasi Kumpulan Inovatif Kreatif IPD Hulu Terengganu diketuai Ketua Polis Daerahnya, DEPUTI SUPERINTENDAN MOHD. ADLI MAT DAUD.Beliau berkata, Amfibia Qber itu merupakan bot amfibia bagi kegunaan musim banjir milik Polis Diraja Malaysia YANG PERTAMA DI NEGARA INI.

"Inovasi tersebut tercetus bagi mengatasi masalah laluan utama di daerah ini yang sering ditenggelami banjir sehingga menyukarkan proses penyelamatan mangsa dan penghantaran bantuan pada setiap musim tengkujuh.

"Bot amfibia berkenaan yang disiapkan dalam tempoh sebulan bermula 1 November lalu DIPERBUAT DARIPADA BARANGAN TERPAKAI seperti enjin motosikal  Honda EX5 terpakai dengan kos RM11,500," katanya selepas melancarkan Amfibia Qber berkenaan di Jeti Kampung Dusun, Kuala Berang di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Bahagian Pelaksanaan Agensi Pengurusan Bencana Negara, Datuk Azizan Abu Taat dan Mohd. Adli.

Rujukan: KLIK DISINI

Sabtu, 17 November 2018

TREND BERSARA AWAL POLIS DI TAHAP MEMBIMBANGKAN


KUALA LUMPUR -  "PENINGKATAN TREND BERSARA AWAL DALAM KALANGAN PEGAWAI DAN ANGGOTA POLIS BERADA DI TAHAP MEMBIMBANGKAN," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Tahun ini sehingga Oktober lebih 5,000 pegawai dan anggota telah bersara, kata beliau.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 2,446 anggota polis memilih untuk bersara awal(pilihan sendiri) dan selebihnya bersara wajib.

“Trend bersara awal atau pilihan sendiri ini meningkat sejak lima tahun kebelakangan ini atas pelbagai faktor.

“Antara alasan yang diberikan ialah kerana terdapat ahli keluarga yang sakit, menghadapi tekanan atau bebanan kerja yang tinggi dan menghadapi masalah kesihatan yang memaksa diri untuk bersara,” katanya kepada pemberita selepas hadir Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan Kadet Inspektor dan Kadet Sarjan di Dataran Kawad, Pusat Latihan Polis(Pulapol) di sini, hari ini.

Beliau berkata SETIAP TAHUN, LEBIH 5,000 PEGAWAI DAN ANGGOTA AKAN BERSARA dan menjangka sebanyak 7,000 pengambilan baharu akan dilakukan bagi mengimbangi semula jumlah yang bersara.

Tambah Mohamad Fuzi, trend bersara awal ini juga merugikan Polis Diraja Malaysia(PDRM) kerana kehilangan ramai pegawai berpangkat tinggi dan anggota yang berpengalaman luas.

"Bagi mengisi kekosongan, tahun ini sahaja, PDRM menyasarkan pengambilan rekrut baharu seramai 7,000 orang.

"Kami berharap masalah serta trend bersara awal ini dapat diatasi dan kerajaan dapat memenuhi hasrat PDRM untuk mendapatkan rekrut baharu mengikut keperluan agar tidak menjejaskan khidmat kepada komuniti," jelasnya.

Seramai 248 anggota Kadet Inspektor dan 146 Kadet Sarjan lelaki dan wanita yang berjaya menamatkan latihan menyertai perbarisan tamat kursus asas kadet.

Pada upacara itu Kadet Inspektor Bernadette Thien Mui Ling dan Kadet Sarjan Norashikin Zamri telah diumumkan  sebagai peserta terbaik keseluruhan latihan.  - Bernama

Selasa, 30 Oktober 2018

6 SEBAB MENGAPA HUTANG ALONG MEMUDARATKAN KEHIDUPAN ANDA


ALONG ATAU ‘AH LONG’ adalah terma yang merujuk kepada SYARIKAT PINJAMAN WANG YANG TIDAK BERLESEN. Kebiasaannya, mereka yang terikat dengan pinjaman Along adalah daripada golongan yang berpendapatan rendah atau yang benar-benar terdesak dan memerlukan wang tunai dengan segera. Situasi ini terjadi kerana pinjaman Along adalah lebih mudah, ringkas dan kebiasaannya tidak memerlukan sebarang pemeriksaan kredit berbanding dengan pinjaman bank atau syarikat pinjaman wang yang berlesen.

Walaupun tidak berlesen, iklan-iklan poster tentang pinjaman Along boleh dijumpai di sekitar kota bagi menarik perhatian orang ramai, dengan kata-kata manis yang memikat hati mereka yang memerlukan dan tidak menyedari BAHAYA MEMBUAT PINJAMAN DARIPADA ALONG.

Wang yang dipinjam daripada Along didatangkan dengan FAEDAH DAN RISIKO YANG TINGGI. Ramai yang memandang rendah terhadap risiko meminjam wang daripada Along. Mereka berpendapat bahawa selagi jumlah wang yang dipinjam adalah kecil dan dibayar dalam tempoh sesingkat yang mungkin, urusan pinjaman wang daripada Along boleh berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Namun hakikatnya berbeza sekali. Lihat 6 sebab mengapa berhutang dengan Along boleh MEMUDARATKAN KEHIDUPAN ANDA DAN KELUARGA ANDA.

KADAR FAEDAH YANG TIDAK BERKESUDAHAN

Pernahkah anda mendengar TERMA ‘SEPULUH-TIGA’? Ianya merujuk kepada kadar faedah yang dikenakan ke atas peminjam. Kadar faedah sepuluh-tiga bermakna bagi SETIAP RM10 YANG DIPINJAM, RM3 AKAN DIKENAKAN SEBAGAI FAEDAH. Dalam kata lain, jumlah wang yang anda pinjam akan dikenakan faedah sebanyak 30% dalam hanya satu bulan!

Untuk memberikan gambaran yang lebih jelas tentang jumlah wang yang dibayar kembali jika anda membuat pinjaman kewangan daripada Along, lihat contoh di bawah:

Jumlah dipinjam : RM1,000
Faedah perlu dibayar (sebulan): RM300
Faedah untuk pinjaman 12 bulan: RM3,600
Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar: RM4,600

Ahad, 28 Oktober 2018

19 AHLI KONGSI GELAP BERSENJATA DITANGKAP


ISKANDAR PUTERI 27 Okt. – Cubaan 19 LELAKI DIPERCAYAI AHLI KONGSI GELAP untuk membalas dendam di kawasan Pangsapuri Jasa, Mutiara Rini gagal apabila mereka ditahan di sini semalam.

Mereka yang berusia 13 hingga 21 tahun itu dan BERSENJATAKAN EMPAT BILAH PARANG DITANGKAP pukul 8.15 malam kerana dikatakan tidak berpuas hati selepas terlibat dalam satu kes pergaduhan DI TAMAN UNGKU AMINAH, SKUDAI, dekat sini sebelum ini.

KETUA POLIS DAERAH ISKANDAR PUTERI, ASISTEN KOMISIONER DZULKHAIRI MUKHTAR berkata, pihaknya menahan semua suspek selepas menerima panggilan orang awam memaklumkan perkara tersebut sebelum laporan dibuat di Ba­lai Polis Mutiara Rini.

“Selepas itu, pegawai dan anggota pasukan petugas Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri bergegas ke tempat kejadian dan mendapati kira-kira 30 lelaki de­ngan sebahagiannya dilihat memegang senjata, di­percayai pe­dang ma­suk ke kawasan pangsapuri itu.

“Tangkapan di­bu­at terhadap me­reka kerana merusuh dan memiliki senjata berbahaya serta menganggotai pertubuhan ha­ram,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Ka­kisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Artikel Penuh: KLIK DISINI © Utusan Melayu (M) Bhd 


Rabu, 17 Oktober 2018

SINDIKET MACAU SCAM BERMAHARAJALELA


KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,627 KES MACAU SCAM yang membawa KERUGIAN BERNILAI RM98.3 JUTA dicatatkan oleh Polis Diraja Malaysia(PDRM) bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber & Multimedia) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM Senior Asisten Komisioner Datuk Ahmad Noordin Ismail berkata, jumlah itu meningkat berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu sebanyak 862 kes yang mencatat kerugian berjumlah RM 25.8 juta.

“Statistik ini menunjukkan berlaku peningkatan terhadap kes-kes Macau Scam. Ini turut menunjukkan bahawa sama ada rakyat kita ini peka atau tidak (tentang jenayah Macau Scam).

Hakikatnya tidak. Mereka mudah terpedaya dan senang percaya dengan mana-mana panggilan terutama  daripada polis (PDRM) atau mana-mana agensi tertentu,” katanya ketika ditemu bual dalam satu ruang bicara khas oleh sebuah stesen televisyen tempatan malam ini.

Menurut Ahmad Noordin, membayar saman melalui panggilan telefon antara modus operandi (MO) yang diamalkan oleh penjenayah bagi menakutkan mangsa.

 “Jika anda menerima panggilan (Macau Scam), terus ke balai polis terdekat untuk membuat laporan. Belum pernah polis menyuruh untuk membuat bayaran saman melalui mesin ATM (mesin pengeluaran wang automatik),” katanya.

Selain itu, Ahmad Noordin turut menyatakan perasaan tamak, perasaan takut dan mudah mempercayai orang lain menjadikan rakyat di Malaysia mudah terpedaya dengan taktik yang dilakukan penjenayah.

Sementara itu, Ketua Pegawai Keselamatan Rangkaian dan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Zulkarnain Mohd Yasin berkata selain panggilan telefon, MACAU SCAM TURUT HADIR MELALUI APLIKASI-APLIKASI TELEFON PINTAR seperti WeChat dengan menawarkan pelbagai tawaran lumayan seperti PEMBELIAN BARANGAN DALAM TALIAN DENGAN HARGA YANG LEBIH MURAH.

“Apa yang penting, pengguna harus lebih peka, prihatin dan semak terlebih dahulu sebelum klik. Pengguna juga perlu memahami tentang Prosedur Operasi Standard (SOP) PDRM atau mana-mana agensi supaya tidak ditipu oleh panggilan yang mengaku polis. Jenayah Macau Scam juga sentiasa berubah mengikut keadaan,” katanya.

Selain itu, Zulkarnain berkata, orang ramai sering mengutamakan kualiti teknologi berbanding aspek keselamatan teknologi.

“Empat puluh dua juta pengguna internet (akaun) terdedah dengan risiko penipuan. Aspek keselamatan juga penting bagi mengelak kita daripada menerima panggilan yang tidak dikenali ataupun pautan di web (laman sesawang) yang membawa kita ke jenayah ‘scammer’,” katanya. - Bernama

Rabu, 15 Ogos 2018

KETUA PENGARAH AADK YANG BARU


KUALA LUMPUR 15 Ogos - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, DATUK SERI ZULKIFLI ABDULLAH dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Kementerian Dalam Negeri berkuatkuasa hari ini.

Menurut surat dalaman pertukaran tersebut, Zulkifli akan menjalankan tugasnya dengan memangku Pesuruhjaya Polis Utama A serta elaun yang sama.

Surat tersebut ditulis oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun semalam.

Pelantikan Zulkifli bagi mengisi jawatan terbabit susulan persaraan penyandangnya, Datuk Dr. Abd Halim Mohd. Hussin. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: KLIK DISINI

Sabtu, 14 Julai 2018

BEKAS KPN DITERIMA MASUK SEBAGAI PEGUAMBELA DAN PEGUAMCARA


KUALA LUMPUR - BEKAS KETUA POLIS NEGARA TAN SRI ISMAIL OMAR hari ini diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya.

Ismail, 65, yang kini, Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) yang dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan kepujian dari Universiti Islam Antarabangsa merupakan pempetisyen paling kanan dari segi usia yang diterima masuk dan didaftar sebagai peguambela dan peguamcara di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nordin Hassan.

Pada majlis itu, peguam Datuk Khairul Anwar Rahmat selaku tenaga pengajar  menyarungkan jubah peguam kepada Ismail selaku pelajarnya sebagai simbolik beliau (Ismail) kini adalah pegumbela dan peguamcara.

Terdahulu, peguam pengusul Mad Diah Endut membacakan petisyen Ismail bagi memperkenalkan latar belakangnya selaku pempetisyen.

Mad Diah berkata: Pempetisyen (Ismail), merupakan anak kelima daripada 10 beradik kepada pasangan Allahyarham Omar Rahman dan Hasnu Ariffin dan telah mengikut jejak langkah ayahnya menjadi warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Peguam pengusul itu berkata kerjaya pempetisyen dalam PDRM bermula di Maktab Polis Kuala Kubu Bahru pada 1971 sebagai Inspektor Pelatih dan setelah menamatkan latihan pada 1972, kariernya bermula sebagai Pegawai Penyiasat Jenayah di Ibu Pejabat Polis, Seremban sebelum beliau menyandang jawatan sebagai Ketua Polis Negara yang kesembilan pada 13 Sept 2010.

Mad Diah berkata pempetisyen turut dikenali sebagai seorang ketua polis yang amat tegas dan menitikberatkan disiplin dalam kalangan pegawai dan anggota bawahannya dan antara kenangan pempetisyen semasa menyandang jawatan Ketua Polis Negara ialah apabila pasukan keselamatan negara berjaya menumpaskan ancaman pencerobohan Sulu di Lahad Datu pada 2013 dan kejayaan PDRM dalam siasatan pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya di Morib, Selangor pada 2010.

“Selepas tamat perkhidmatan dalam PDRM pada 17 Mei 2013, pempetisyen telah dilantik menjadi Duta Besar Malaysia ke Perancis dari 2013 hingga 2015,” katanya yang turut memaklumkan pempetisyen telah menamatkan latihan dalam kamar di bawah tunjuk ajar pengajarnya, Datuk Khairul Anwar Rahmat di Tetuan Khairul A. & Co.

Petisyen untuk diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara itu tidak mendapat bantahan daripada Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam dan Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ismail yang ditemani isterinya  Puan Sri Suriati Md Sobri ketika ditemui pemberita berkata beliau akan meneruskan khidmatnya kepada orang ramai sebagai peguambela dan peguamcara demi keadilan.

“Mungkin juga saya akan melibatkan diri dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) tanpa kepentingan apa-apa...semata-mata demi membantu bangsa sejagat dan untuk membantu mereka yang lemah dan mereka yang tidak berpeluang untuk mempertahankan hak-hak mereka,” katanya. - Bernama

Isnin, 11 Jun 2018

FUZI AKAN DISINGKIR, TIGA JABATAN POLIS AKAN DITUTUP?


KUALA LUMPUR - KETUA POLIS NEGARA, MOHAMAD FUZI HARUN AKAN DISINGKIR termasuk tiga jabatan sarat korupsi juga akan ditutup sebagai usaha kerajaan menghapuskan rasuah dalam sistem negara.

Tanpa menamakan sumber, akhbar The Straits Times melaporkan, sumber itu mendakwa Cawangan Khas (SB) sudah menghantar tiga nama untuk mengganti Fuzi yang dilantik oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada September tahun lalu.

Tiga jabatan dijangka ditutup adalah PASUKAN TINDAKAN KHAS ANTI MAKSIAT, JUDI DAN GANGSTERISME, PASUKAN TINDAKAN KHAS JENAYAH TERANCANG dan PASUKAN KHAS TAKTIKAL DAN PERISIKAN NARKOTIK.

Menurut sumber berkenaan, TIGA JABATAN ITU DISYAKI MELINDUNGI PENJENAYAH.

“Selain itu, ramai juga pegawai kanan akan disingkir dan akan ada gempa 8.5 skala Ritcher (dalam pasukan polis) berlaku PADA JULAI,” kata sumber itu.

Ditanya siapakah yang akan pertama sekali disingkirkan, sumber menjawab: “No. 1”, merujuk kepada Fuzi.

Sumber tidak menyatakan bilakah Fuzi akan diganti, tetapi menamakan dua calon yang berkemungkinan besar jadi penggantinya ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Noor Rashid Ibrahim dan Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi, Acryl Sani Abdullah Sani.

Noor Rashid, 60, adalah ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik sebelum dilantik jadi timbalan ketua polis negara. Beliau adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Fizik dari Universiti Malaya.

Acryl Sani pula pernah menjadi ketua polis Sarawak dan Perak serta ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.

Sumber tidak menyebut nama ketiga yang dihantar.

BEBERAPA PEGAWAI TINGGI PULA AKAN DISINGKIR KERANA “TIDAK BERSIH”, kata sumber.

“Ada antara mereka ada kekayaan melampau…tidak masuk akal bagaimana mereka ada banyak kereta mewah serta tinggal di banglow.

“Ada yang salah guna kuasa- salah seorang salah guna kuasa bila jadi ketua jabatan dengan guna khidmat kereta pengiring. Dia tidak layak (ketika itu),” kata sumber.

Sebilangan yang lain pula perlu berundur kerana dianggap bersekongkol dengan Najib, kata sumber itu lagi.

Sumber: KLIK DISINI

Sabtu, 2 Jun 2018

SPRM TANGKAP 2 PEGAWAI TINGGI POLIS, RAMPAS HAMPIR RM1 JUTA


BANGI, 17 Ramadan 1439H, Sabtu – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangkap dua pegawai polis berpangkat tinggi berpejabat di Bukit Aman, kelmarin.

Media melaporkan pegawai terbabit, seorang BERPANGKAT ASISTEN KOMISIONER (ACP) DAN ASISTEN SUPERINTENDAN (ASP) adalah dari Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman.

Kedua-duanya ditangkap di sebuah bengkel kereta di Subang Jaya, bersama seorang awam.

Sumber SPRM berkata, pemeriksaan menemui wang berjumlah RM341,000 di bengkel berkenaan.

“Pegawai SPRM kemudian membawa kedua-dua lelaki itu ke sebuah kondominium milik seorang daripada suspek dan menemui wang tunai anggaran RM400,000 hingga RM700,00,” katanya kepada NSTP.

NSTP memetik sumber sebagai berkata, kedua-dua pegawai polis terbabit kemudian dibawa ke pejabat STAGG di Pusat Latihan (PULAPOL) Kuala Lumpur untuk pemeriksaan.

“Pemeriksaan di pejabat berkenaan menemui wang dianggarkan lebih RM225,000. Pemeriksaan dan serbuan selesai kira-kira jam 6.40 petang dan kedua-dua pegawai kanan polis berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sumber: KLIK DISINI/ 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...