Khamis, 6 Disember 2018

TAHNIAH & SYABAS DSP ADLI: CIPTA BOT AMFIBIA BANTU MANGSA BANJIR


HULU TERENGGANU - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu BERJAYA MEREKA CIPTA BOT AMFIBIA yang mampu bergerak di daratan dan air untuk kegunaan pada musim banjir tidak lama lagi.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berkata, bot amfibia yang diberi nama 'AMFIBIA QBER' tersebut merupakan inovasi Kumpulan Inovatif Kreatif IPD Hulu Terengganu diketuai Ketua Polis Daerahnya, DEPUTI SUPERINTENDAN MOHD. ADLI MAT DAUD.Beliau berkata, Amfibia Qber itu merupakan bot amfibia bagi kegunaan musim banjir milik Polis Diraja Malaysia YANG PERTAMA DI NEGARA INI.

"Inovasi tersebut tercetus bagi mengatasi masalah laluan utama di daerah ini yang sering ditenggelami banjir sehingga menyukarkan proses penyelamatan mangsa dan penghantaran bantuan pada setiap musim tengkujuh.

"Bot amfibia berkenaan yang disiapkan dalam tempoh sebulan bermula 1 November lalu DIPERBUAT DARIPADA BARANGAN TERPAKAI seperti enjin motosikal  Honda EX5 terpakai dengan kos RM11,500," katanya selepas melancarkan Amfibia Qber berkenaan di Jeti Kampung Dusun, Kuala Berang di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Bahagian Pelaksanaan Agensi Pengurusan Bencana Negara, Datuk Azizan Abu Taat dan Mohd. Adli.

Rujukan: KLIK DISINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...