Khamis, 7 Januari 2016

TAN SRI KHALID, PEGAWAI POLIS PERTAMA TERIMA DOKTOR KEHORMAT UNIVERSITI LIMKOKWING

Sebagai tanda penghargaan bidang pendidikan terhadap usaha murni berterusan serta contoh kepimpinan yang telah dipamerkan terhadap seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), Universiti Limkokwing telah berbesar hati menganugerahkan ijazah Doktor Kehormat Kepimpinan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu.

Majlis penganugerahan yang sekali gus menobatkan beliau sebagai Pegawai Kanan Polis pertama menerima anugerah itu telah disampaikan oleh Sultanah Pahang yang juga Canselor universiti tersebut, Sultanah Hajjah Kalsom pada bulan lepas.
Dengan adanya penghargaan tersebut, ia telah memberikan satu suntikan semangat kepada anggota dan pegawai polis yang lain untuk terus mencontohi Tan Sri Khalid dalam terus menambah baik institusi keselamatan negara.
Sumber: Utusan Malaysia

PDRM TERIMA BOT RONDA BAHARU

Demi meningkatkan kecekapan pemantauan dan keselamatan perairan negara terutamanya perairan laut Sabah, Pasukan Polis Marin (PPM) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima empat bot ronda RHFB.
Menurut Penagrah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Dato' Muhammad Fuad Abu Zarim, Kelengkapan itu adalah keutamaan melengkapkan aset diberi di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSCom) bagi menangani ancaman keselamatan terutama jenayah rentas sempadan.
Bot lasak buatan syarikat tempatan yang berpangkalan di Melaka itu diperbuat daripada gantian kaca. Dengan menggunakan dua enjin yang setiap satunya kekuatan 300 kuasa kuda setiap satu serta boleh memuatkan sehingga lapan orang dalam satu-satu masa.

PROGRAM 'TRIM & FIT' UNTUK MEMPERTINGKATKAN TAHAP KESIHATAN PDRM

Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, Dato' Pahlawan Zulkifli Abdullah berkata program yang diadakan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya buat pertama kali untuk tempoh enam bulan mulai hari ini melibatkan 35 pegawai dan anggota polis daripada Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

"Program itu bagi menggalakkan warga PDRM mengamalkan gaya hidup sihat, dan sekali gus menangani masalah kesihatan termasuk obesiti," katanya selepas melancarkan program itu, di sini semalam.

TAKTIK TIPU GORES DAN MENANG SEMAKIN CANGGIH

Orang ramai khususnya warga emas dan golongan wanita diminta supaya lebih peka dengan taktik-taktik penipuan sindiket peraduan gores dan menang yang dilihat kembali berleluasa walaupun pelbagai tindakan telah diambil bagi membanterasnya.

Kumpulan sindiket kini dilihat mengubah taktik kepada bentuk lebih canggih malah menyebabkan orang ramai tertipu tanpa disedari.

Polis memandang serius kegiatan jenayah itu malah akan meningkatkan usaha membanteras bagi mengelakkan orang ramai daripada terus terpedaya.


Sumber: Utusan Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...