Khamis, 2 Ogos 2012

Anggota Polis Cawangan Narkotik IPD Bera Dituduh Ambil Rasuah

Sarjan didakwa terima rasuah
KUANTAN - Seorang anggota polis berpangkat Sarjan telah dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah hari ini atas kesalahan di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Tertuduh, Ismail bin Che Ngah, 45 tahun, yang menghadapi satu pertuduhan merupakan Sarjan di Cawangan Narkotik, IPD Bera, Pahang.

Mengikut pertuduhan, tertuduh pada 06 Jun 2012 , jam lebih kurang 9.30 malam, bertempat di Lot 15728, KM1 Simpang Kerayong, Bera, Pahang, telah menerima suapan wang tunai RM800.00 daripada Soo Kok Ping, sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan lanjut dan menutup kes terhadap Soo Kok Ping yang dikatakan telah memasukkan dadah ke dalam badan.

Pertuduhan dijalankan di hadapan Hakim Puan Fathiyah binti Idris, pendakwaan diwakili oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Ps Mohd Norazman Mohd Jaya manakala tertuduh diwakili oleh peguambela Dato’ Hj Mohamad Shariff bin Hj Abu Samah. Tertuduh tidak mengaku salah dan minta dibicarakan. Hakim menetapkan bon jaminan sebanyak RM2,000.00 dengan seorang penjamin.

Sekiranya disabitkan bersalah, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 iaitu penjara maksima 20 tahun dan denda tidak kurang daripada 5 kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana-mana yang lebih tinggi.

Lima Lelaki Baju Sedondon Rompak Kedai Emas Kurang 40 Saat

Gambar hiasan

KLANG, 1 Ogos (Bernama) -- Lima lelaki berpakaian sedondon berwarna kuning berjalur merah dan berjaket hitam mengambil masa kurang 40 saat untuk merompak sebuah kedai emas di dalam sebuah pasar raya besar di Jalan Kebun di sini, Rabu.

Ketua Polis Daerah Klang ACP Mohamad Mat Yusop berkata dalam kejadian kira-kira 11.50 pagi itu, kumpulan lelaki bersenjatakan tukul besi, parang dan sejenis alat dipercayai pistol meluru masuk ke dalam kedai emas itu lalu memecahkan cermin pameran barangan kemas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...