![]() |
Gambar hiasan |
KLANG, 1 Ogos (Bernama) -- Lima lelaki berpakaian sedondon berwarna kuning
berjalur merah dan berjaket hitam mengambil masa kurang 40 saat untuk merompak
sebuah kedai emas di dalam sebuah pasar raya besar di Jalan Kebun di sini,
Rabu.
Ketua Polis Daerah Klang ACP Mohamad Mat Yusop berkata dalam
kejadian kira-kira 11.50 pagi itu, kumpulan lelaki bersenjatakan tukul besi,
parang dan sejenis alat dipercayai pistol meluru masuk ke dalam kedai emas itu
lalu memecahkan cermin pameran barangan kemas.