Khamis, 11 Oktober 2012

Eksekutif muda ditipu pencari bakat

SEBAHAGIAN daripada peserta yang ditipu penganjur membuat aduan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN – Hasrat 100 peserta uji bakat untuk bergelar penyanyi dan model bagi sebuah majalah baharu terkubur apabila mereka mendakwa menjadi mangsa penipuan penganjur pencarian bakat di sini.
Mereka yang terdiri daripada pelajar sekolah dan kolej swasta, peragawati sambilan dan eksekutif muda itu merupakan pemenang program Idol Search dan Cover Guy n Gurls bagi majalah tersebut.

Beg tangan dicuri dalam surau


Tak kira tempat beg tangan dicuri dalam surau
BANTING - Seorang warga emas terkejut apabila mendapati beg tangan yang diletakkan di hadapannya ketika solat Dhuha lesap di surau Hospital Banting di sini, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi ketika mangsa sedang menunaikan solat sunat Dhuha sementara menunggu waktu melawat cucunya di hospital berkenaan.

Hajar Misiah Abdul Jabar, 73, dari Batu 10 Kebun Baru berkata, hanya dia seorang berada dalam surau berkenaan dan mungkin ada individu masuk ke surau ketika dia sujud.

Mayat Bayi Lelaki Ditemui Di Masjid

Gambar hiasan

ALOR SETAR: Seorang ahli kariah Masjid Ar-Rahman, Alor Merah di sini tidak menyangka beg plastik yang ditemui di hadapan tandas wanita masjid itu malam Selasa mengandungi mayat bayi lelaki.
Ishak Chin, 54, berkata dia menyangkakan beg plastik itu berisi sampah namun sangkaannya meleset.
"Selepas menunaikan solat Isyak kira-kira pukul 8.45 malam tadi, saya pergi menutup pintu pagar di tepi masjid dan saya ternampak plastik tersebut.
"Pada awalnya saya sangkakan beg berwarna coklat gelap itu berisi sampah dan ingin membuangnya sebelum pulang. Namun setelah mengangkatnya terasa isi kandungannya berat.

Polis Jejaki Seorang Lelaki Berhubung Kes Tembak Di Jalan Dooraisamy


KUALA LUMPUR: Polis menjejaki seorang lelaki berhubung satu kes tembak sehingga menyebabkan kematian dua 'bouncer' di sebuah kelab hiburan di Jalan Dooraisamy di sini, 26 Ogos lepas.
J.Tharmarajah, 37, yang beralamat di No 10, Kg Chong Hwa, Batu 4, Jalan Gombak, dikehendaki polis bagi membantu siasatan, demikian menurut laman Facebook Polis Kuala Lumpur Rabu.
Tharmarajah dikatakan tercedera dalam pergaduhan itu dan disyaki mendapatkan rawatan lanjut di hospital negara jiran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...