Rabu, 10 April 2013

SAKSI YANG DIKEHENDAKI




BUKIT AMAN, 10 April - Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Bukit Aman memohon bantuan kepada individu yang mempunyai maklumat mengenai saksi berkenaan, sila hubungi ASP Razip bin Ismail, Pegawai Penyasat JSJK Bukit Aman (03-26163822/03-26163805) bagi membantu siasatan kes pecah amanah di bawah SEKSYEN 408, KANUN KESEKSAAN.

UNDANG-UNDANG DAN ANDA:


Kanun Keseksaaan (Akta 574) Sek. 322 - Dengan sengaja menyebabkan cedera parah.

Sesiapa dengan sengaja menyebabkan cedera, jika cedera yang ia bermaksud hendak menyebabkan atau ketahui mungkin menyebabkan cedera parah dan cedera yang ia sebabkan adalah cedera parah, adalah dikatakan dengan sengaja menyebabkan cedera parah.

Hukuman: Mengikut Seksyen 325 - Seksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah adalah penjara boleh sampai 7 tahun atau denda.

POLIS KENAL PASTI KUMPULAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH BULI JUNIOR


George Town, 10 April- Polis mengenal pasti sekumpulan pelajar sebuah sekolah menengah di Jelutong di sini yang terbabit dalam kejadian pergaduhan dengan dua pelajar tingkatan dua sekolah yang sama Khamis lepas dan semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata pihaknya akan merekodkan keterangan semua pelajar berkenaan dalam tempoh terdekat bagi melengkapkan kertas siasatan.

POLIS KUMPUL DALANG INSIDEN PENCEROBOHAN PENGGANAS SULU



KOTA KINABALU, 9 April - Polis masih mengumpul bukti bagi membolehkan dalang insiden pencerobohan kumpulan militan di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Semporna sejak Februari lepas dibawa ke muka pengadilan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata siasatan menjurus kepada penyelesaian kes itu berpandu kepada keterangan mereka yang ditahan dan dituduh di mahkamah.

"Kami tidak kata orang ini (individu ditahan) terlibat sebagai perancang atau pembunuh kes menembak mati pasukan keselamatan pada 2 Mac, kami adaketerangan mereka yang ditahan dan dituduh...," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengesahkan apabila ditanya mengenai kemungkinan dalang yang disyaki adalah daripada kalangan rakyat Malaysia.

HOTLINE PRU13:



Bersempena Pilihan Raya Umum ke-13, PDRM telah menubuhkan Bilik Gerakan Khas dengan talian telefon khas bagi membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan PRU secara terus.

Bilik gerakan dan talian ini beroperasi 24 jam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...