Isnin, 18 Mac 2013

PERKUKUH ASET TENTERA, POLIS - DR M

Kekuatan pertahanan negara pelu dipertingkatkan termasuk kelengkapan dan peralatan perang yang sesuai dengan keadaan sekeliling bagi memastikan operasi memerangi musuh dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

PELAKSANAAN ESSCOM MULA DENGAN NAIK TARAF LOGISITIK DI FELDA SAHABAT


Lahad Datu, 18 Mac - Pelaksanaan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM), yang meliputi 1,400 kilometer kawasan pantai timur negeri itu mula dilaksanakan di gugusan Felda Sahabat dengan menaik taraf struktur logistik sedia ada serta penambahan anggota dan aset keselamatan. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata selain itu aset laut Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan digembleng bersama bagi memastikan perairan Sabah bebas daripada ancaman luar.

PDRM akan melaksanakan segera usaha menaik taraf balai polis Cenderawasih, menambah bilangan anggota dan mewujudkan pos kawalan baharu di kawasan strategik di sekitar gugusan Felda Sahabat. 

MAYAT PENGGANAS 80 PERATUS SELESAI DIBEDAH SIASAT


Lahad Datu, 17 Mac - Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan Operasi Daulat telah selesai dibedah siasat. 

"Sejumlah 80 peratus mayat telah selesai dibedah siasat, bakinya masih dalam proses," katanya dalam sidang media bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat, Mejar Jen. Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di Felda Sahabat 16, dekat sini, kira-kira 5.30 petang ini. 

Hamza berkata mayat seorang pengganas yang ditembak mati pagi ini dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu, telah dikeluarkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...