Memaparkan catatan dengan label ATM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ATM. Papar semua catatan

Sabtu, 27 Februari 2016

Daesh: Tujuh Anggota Tentera Darat Ditahan Sejak Tahun Lepas


KUALA LUMPUR: Seramai tujuh anggota Tentera Darat ditahan sejak tahun lepas kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan militan Daesh, kata Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Daripada jumlah itu, katanya, dua sedang menjalani hukuman penjara, dua lagi berada di bawah pengawasan polis manakala tiga lagi menunggu perbicaraan.
"Peratusan penglibatan anggota tentera dalam kegiatan militan sangat sedikit, ia tidak mencemarkan keupayaan (Tentera Darat). Hanya segelintir kecil cenderung ke arah itu.

Ahad, 30 Ogos 2015

AMARAN UNIT ELIT 10 BRIGED PARA KOMANDO ATM


Salam budiman sekalian
Kami bukan selempang merah....bukan juga baju merah jauh sekali baju kuning. Mewakili ahli-ahli jurus Acheh KOMANDO ATM, kami akan turun menyelinap ke setiap kawasan memerhati perilaku pengkhianat2 keturunan komunis. Kami ramai sekali. Jangan khuatir wahai Melayu. Kami nampak biasa tetapi JIKA KEADAAN TIDAK MENGIZINKAN kami akan bertindak. Jangan disangka MELAYU LEMAH. Biar pahaman komunis kenal ILMU KEPAHLAWANAN MELAYU belum pupus. Silap langkah 13 Mei akan berulang peristiwa.

Berjuang demi agama Islam, bangsa Melayu dan negara kami MALAYSIA.

Sekian. Wassalam

Pendiri Tetap
JURUS ACHEH
(Unit Elit 10 Briged Para - ATM) 

Selasa, 2 September 2014

Cubaan Seludup Senjata Api Di Sempadan Gagal


KOTA BAHARU: Cubaan menyeludup masuk pelbagai senjata api ke negara ini melalui sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan berjaya dipatahkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Pos Kawalan Pisau Raut, Tumpat, Jumaat lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, senjata api yang dirampas itu ialah jenis COLT M16 A1 (5.5 MM), 60 V T Model M16 (5.56MM), M4 (5.56MM) yang dileraikan dan selaras AK47 yang dalam keadaan lengkap.

Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira 8.30 malam, beberapa anggota tentera yang melakukan rondaan melihat sebuah perahu yang dinaiki tiga lelaki menghampiri tebing Sungai Golok di sempadan negara.

"Dua daripada tiga suspek yang menaiki perahu itu kemudiannya turun dari perahu dengan memikul sebuah guni.

Rabu, 27 Ogos 2014

ATM tetap mempertahankan institusi Diraja

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mempertikai dan memperlekeh institusi Diraja di negara ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata adalah menjadi tanggungjawab kementeriannya menerusi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mempertahankan institusi Diraja yang sering kali dicabar oleh pihak tertentu.
"Pendirian kementerian saya dan Angkatan Tentera jelas, kita tidak kompromi malah dituntut untuk mempertahankan institusi Diraja.
"Institusi Diraja seperti agama dan apa sahaja perkara yang termaktub dalam perlembagaan dan undang-undang negara merupakan tiang seri ’pillar of nation building’ (tonggak pembinaan negara),” katanya.
Beliau berkata, sekiranya kementerian itu dan ATM tidak memikul tanggungjawab ini dengan serius, akan ada pihak tertentu memperlekehnya dari segi agama, kaum dan Raja-Raja Melayu.
Hishammuddin berkata, demikian ketika diminta mengulas tindakan pihak yang memperlekeh institusi Diraja di negara ini. - Bernama


Khamis, 31 Julai 2014

Cubaan letup 8 mesin ATM gagal


HULU SELANGOR 29 Julai - Dua penjenayah mengambil kesempatan cuti umum Hari Raya Aidilfitri untuk meletupkan lapan buah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank menggunakan dua buah bom buatan sendiri dalam kejadian di Jalan Melati 2b, Bukit Beruntung, di sini hari ini.

Bagaimanapun usaha kedua-dua penjenayah itu gagal apabila salah satu daripada bom jenis phyrotechnic yang diperbuat daripada paip PVC itu tidak meletup dan hanya menyebabkan bahagian hadapan premis bank tersebut musnah sementara mesin ATM yang hendak dipecah tidak berjaya dibuka.

Rabu, 9 Julai 2014

Datuk Abdul Rashid Dilantik Pengarah Operasi Esscom

KOTA KINABALU - Pengarah Keselamatan dan Ketenteraman Awam Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Abdul Rashid Harun dilantik sebagai Pengarah Operasi Esscom berkuatkuasa serta merta.
Pelantikan secara dalaman itu diumumkan Ketua Pengarah Esscom Datuk Mohammad Mentek. 
Beliau berkata, tempoh pelantikan itu adalah selama enam bulan dan ia dilaksanakan secara bergilir-gilir.   
"Selepas tempoh tersebut, jawatan ini akan diambil alih Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," katanya kepada pemberita selepas majlis pertemuan dan dialog Esscom bersama komuniti Kadazandusun Murut di Wisma Dang Bandang di sini hari ini.  

Isnin, 15 April 2013

PDRM, ATM TINGKAT KERJASAMA DENGAN AGENSI RISIKAN SERANTAU, ANTARABANGSA


KOTA KINABALU, 14 April - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan meningkatkan lagi kerjasama dengan agensi risikan serantau dan antarabangsa bagi memperkukuhkan kawalan keselamatan terutama di kawasan perairan negara. 

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pemantauan dan pemintasan di darat dan perairan akan diperluaskan di bawah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) selepas Operasi Daulat berakhir bagi mengelak berulangnya insiden kumpulan pengganas menceroboh negara. 

Katanya agensi risikan antarabangsa berkaitan termasuk National Intelligent Coordinating Agency (NICA), The Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Chiefs of Police (ASEANAPOL) dan Polis Antarabangsa (Interpol). 

Sabtu, 6 April 2013

LIMA JAWATAN UTAMA PENERAJU ESSCOM


Lahad Datu, 5 April - Lima jawatan utama menerajui Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang membabitkan tiga elemen utamanya iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Awam. 

Berkuat kuasa semalam, jawatan Pengarah untuk menerajui ESSCOM dinaikkan kepada Ketua Pengarah dengan dibantu empat Pengarah yang mengetuai empat bahagian. 

Ketua Pengarah ESSCOM Datuk Mohammad Mentek berkata perubahan dibuat pada mesyuarat jawatankuasa penyelarasan ESSCOM semalam yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara Datuk Dr Ali Hamsa.

Isnin, 1 April 2013

KEMENTERIAN PERTAHAN SENTIASA HARGAI PERKHIDMATAN PDRM


Langkawi, 31 Mac - Kementerian Pertahanan sentiasa menghargai khidmat dan pengorbanan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjayakan program Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) sejak ia dilaksanakan pada 1991. 

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sejak LIMA diadakan pasukan PDRM sentiasa bertugas menjaga keselamatan pengunjung dan memantau keadaan lalu lintas dari pagi hingga ke malam tanpa mengira keadaan cuaca.

Selasa, 26 Mac 2013

Seorang Pengganas Sulu Menyerah Diri


Lahad Datu, 25 Mac - Seorang pengganas Sulu ditahan selepas menyerah diri ketika terserempak dengan pasukan keselamatan yang menjalankan operasi penggeledahan di Tanjung Batu, di sini, lewat hari ini. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, sepasukan unit Gerak Gempur Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang melakukan operasi di satu kawasan paya sebelum terserempak dengan pengganas itu. 


Dia kemudian melarikan diri sebelum dikejar dan akhirnya menyerah diri. 

Lelaki dipercayai tanpa senjata itu menyerah diri dengan mengangkat tangan dan meminta pasukan keselamatan tidak melepaskan tembakan terhadapnya. 

Difahamkan dua kereta perisai berantai dikerahkan untuk operasi pemantauan berterusan bagi mengesan pengganas lain. 

Sabtu, 23 Mac 2013

KECEDERAAN TIDAK PATAHKAN SEMANGAT L/KPL MOHD ZARIMAN UNTUK TERUS BERJUANG


Kota Baharu, 22 Mac - "Saya berazam untuk kembali ke kawasan Operasi Daulat selepas sembuh nanti," kata L/Kpl Mohd Zariman Ibrahim yang cedera ketika bertempur dengan militan dari selatan Filipina di Sungai Nyamuk di Lahad Datu, Sabah 10 Mac lepas.

Mohd Zariman, 31, dari Batalion ke-12 Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri ditemui selepas tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dari Sabah pada 4 petang tadi.

Ketibaan beliau yang diiringi bapa, Ibrahim Abdullah, 55, dan ibu, Noraini Mohamad, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disambut kira-kira 500 orang yang memenuhi kawasan lapangan terbang itu sambil lagu patriotik dimainkan pasukan pancaragam Angkatan Tentera Malaysia.

Jumaat, 22 Mac 2013

PGM LIGAT RONDA KAMPUNG PESISIR PANTAI


Lahad Datu, 21 Mac - Usaha memastikan perkampungan yang menjadi sasaran penceroboh militan kekal selamat tidak hanya terbatas kepada operasi membersih dan menggeledah di daratan. 

Sejak insiden pencerobohan oleh kira-kira 200 militan bersenjata dari selatan Filipina pada 12 Feb lepas yang menggemparkan seluruh negara, Kampung Tanduo yang menjadi lokasi pendaratan pengganas mula menyaksikan kehadiran ribuan anggota keselamatan diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 

Di sebalik tugas hakiki menggempur, menggeledah dan membersihkan kampung-kampung yang 'disinggahi' kumpulan militan oleh PDRM dan ATM, Unit Tempur Marin juga tidak ketinggalan melaksanakan operasi serupa, dengan menjadikan lokasi di lautan sebagai tumpuan. 

AZZIMUDIE KIRAM TINGGALKAN SABAH SEJAK 11 MAC LEPAS


Lahad Datu, 21 Mac - Ketua pengganas Sulu yang menceroboh Sabah sejak 12 Feb lepas, Azzimudie atau Agbimuddin Kiram telah meninggalkan negara ini sejak 11 Mac dan kini bersembunyi di pulau-pulau kecil di selatan Filipina. 

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata perkara itu disahkan hasil risikan pasukan keselamatan yang antara lain mendapati Azzimudie meninggalkan pengikutnya di Sabah lalu menyembunyikan diri dan bergerak dari satu pulau ke pulau lain di selatan Filipina. 

"Azzimudie bertindak sedemikian dipercayai kerana tidak mahu kedudukannya diketahui Bangsamoro dan kerana takut ditangkap pihak berkuasa Filipina," katanya pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini. 

Selasa, 19 Mac 2013

TAKTIK GERILA PENGGANAS SELATAN FILIPINA TIDAK BERKESAN TERHADAP MALAYSIA


Lahad Datu, 19 Mac - Biarpun berpengalaman dalam peperangan gerila di selatan Filipina sejak 1899, taktik gerila pengganas dari Sulu yang menceroboh pesisir pantai Lahad Datu sejak 12 Feb lepas, tidak mampu melumpuhkan pertahanan negara.

Sebaliknya pasukan keselamatan negara terutama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang juga telah lama menggunakan taktik serangan gerila termasuk ketika berhadapan ancaman komunis antara 1984 dan 1989, berjaya melumpuhkan kumpulan militan itu.

"Keampuhan taktik gerila pengganas menceroboh negara dan kini berkubu di Tanjung Batu tidak mampu menandingi taktik pasukan keselamatan di negara ini. 

Isnin, 18 Mac 2013

PERKUKUH ASET TENTERA, POLIS - DR M

Kekuatan pertahanan negara pelu dipertingkatkan termasuk kelengkapan dan peralatan perang yang sesuai dengan keadaan sekeliling bagi memastikan operasi memerangi musuh dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

PELAKSANAAN ESSCOM MULA DENGAN NAIK TARAF LOGISITIK DI FELDA SAHABAT


Lahad Datu, 18 Mac - Pelaksanaan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM), yang meliputi 1,400 kilometer kawasan pantai timur negeri itu mula dilaksanakan di gugusan Felda Sahabat dengan menaik taraf struktur logistik sedia ada serta penambahan anggota dan aset keselamatan. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata selain itu aset laut Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan digembleng bersama bagi memastikan perairan Sabah bebas daripada ancaman luar.

PDRM akan melaksanakan segera usaha menaik taraf balai polis Cenderawasih, menambah bilangan anggota dan mewujudkan pos kawalan baharu di kawasan strategik di sekitar gugusan Felda Sahabat. 

MAYAT PENGGANAS 80 PERATUS SELESAI DIBEDAH SIASAT


Lahad Datu, 17 Mac - Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata 22 daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang dibawa keluar dari kawasan Operasi Daulat telah selesai dibedah siasat. 

"Sejumlah 80 peratus mayat telah selesai dibedah siasat, bakinya masih dalam proses," katanya dalam sidang media bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat, Mejar Jen. Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di Felda Sahabat 16, dekat sini, kira-kira 5.30 petang ini. 

Hamza berkata mayat seorang pengganas yang ditembak mati pagi ini dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu, telah dikeluarkan.

Sabtu, 16 Mac 2013

FILIPINA SUARAKAN KOMITMEN BANTU SELESAI ISU PENCEROBOHAN SABAH


Taiping, 15 Mac - Kerajaan Filipina melahirkan komitmen mereka untuk menyelesaikan isu pencerobohan pengganas Sulu di Sabah termasuk mengenal pasti dalang di sebalik insiden itu.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata komitmen itu disampaikan rakan sejawatannya Voltaire T. Gazmin pada pertemuan di Putrajaya semalam.

"Mereka akan menggunakan segala jaringan maklumat termasuk perisikan untuk mengetahui siapakah dalang di belakang pencerobohan militan di Sabah, sama ada di pihak Filipina atau dalang di pihak Malaysia atau pihak ketiga yang lain," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya Setiausaha Pertahanan Filipina itu juga menyatakan komitmen negaranya untuk bersama-sama pasukan keselamatan Malaysia menghapuskan saki-baki penceroboh militan yang berada di Lahad Datu serta kawasan lain di Sabah.

Ahad, 10 Mac 2013

Pengkhianat Baru dalam TUDM???



Pegawai seperti ini sepatutnya diambil tindakan yang sekeras-kerasnya demi untuk menjaga marwah ATM, berlebih-lebih lagi menjaga kestabilan negara yang tercinta. Pegawai ini boleh dipanggil seperti BINATANG atau binatan peliharaan Pakatan Rakyat yang tidak boleh sama sekali berada didalam Pasukan Keselamatan.

Sanggup menghina Pasukan Polis Diraja Malaysia sepertimana yang ditulisnya didalam twitternya dan penama ini perlu diberi perhatian yang serious.

Namun begitu selepas kenyataan twitter nya dikeluarkan, ia telah terlibat dengan kemalangan jalanraya mengakibatkan kenderaannya WRV 7851 Honda Civic 1.8 Biru rosak teruk. 

Allah S.W.T maha mengetahui dan 'membayar cash' kerana menghina para Syahid yang mati mempertahankan negara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...