Sabtu, 30 Mac 2013

Dua lelaki cedera ditembak di pub

Gambar hiasan

JOHOR BAHRU 29 Mac - Dua lelaki tercedera masing-masing di kaki kanan dan kiri dada akibat terkena tembakan rambang yang dilepaskan oleh seorang lelaki tidak dikenali di sebuah pusat hiburan di Jalan Damai, Taman Serene di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 11.45 malam itu, seorang lelaki yang memakai topi keledar penuh memasuki pusat hiburan berkenaan dan melepaskan lima das tembakan secara rambang sebelum meninggalkan tempat kejadian.

Pengusaha salun kecantikan mati ditembak di Serdang

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR 30 Mac - Seorang pengusaha salun kecantikan mati ditembak dari jarak dekat di luar kedainya di Jalan Pinggiran Putra 25, Seri Kembangan, Serdang, dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Serdang, Asistem Komisioner Abdul Razak Elias berkata, Edisson S. Pillai, 37, ditembak oleh seorang lelaki bertopeng, kira-kira 6 petang.

"Mangsa ditembak dua das di dahi dan tiga das di tubuhnya, mati di tempat kejadian," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh dan motif kejadian tersebut masih dalam siasatan.

"Polis akan siasat kes dari sudut perniagaan dan latar belakang keluarga," katanya. - BERNAMA

Sokongan Anda Kekuatan Kami – PDRM


Kuala Lumpur, 29 MAC – “Keadaan tidak mungkin boleh diubah, namun sumbangan tersebut merupakan satu sokongan moral yang sangat tinggi bukan sahaja kepada waris mereka yang terkorban tetapi menjadi suntikan semangat kepada para pejuang kita yang kini sedang menyerahkan jiwa raga mereka mencurahkan khidmat bakti, berjuang bagi mendaulatkan negara di Sabah,” ujar YDH Tan Sri Dato’ Seri Utama Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dalam ucapannya di PULAPOL Kuala Lumpur, hari ini. 

POLIS KESAN SUSPEK KES TEMBAK GENG KONGSI GELAP


Seorang lelaki dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap ‘Geng 21’, parah ditembak dalam pergaduhan di rumahnya di Taman Perpaduan. Kejadian berlaku pada pukul 7.30 malam itu disyaki berpunca akibat penglibatan mereka dalam kegiatan dadah.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supritendan Nor Mushar Mohamad berkata, suspek dikenali sebagai Sutakar Supramaniam telah melepaskan tiga das tembakan dan satu daripadanya terkena pangkal leher kiri dan menembusi tulang selangka mangsa sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal jenis Yamaha LC. 

Berita Terkini Lahad Datu 29.3.2013 OPS Daulat


Semalam menyaksikan seorang lagi anggota saki-baki pengganas Sulu ditembak mati apabila lelaki itu menyerang seorang anggota keselamatan dengan barong (sejenis parang) ketika pemeriksaan di sebuah rumah di Kampung Simunul, Semporna

Sepanjang Operasi Daulat,pasukan keselamatan menembak mati 68 musuh manakala 121 individu ditahan untuk siasatan di bawah Sosma dan 443 ditangkap mengikut akta-akta lain

Mengenai pengganas yang ditembak mati itu dia merupakan seorang  pengawal dan pembantu kepada seorang penceroboh militan Sulu yang dikenali sebagai ‘Imam Tua’

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...