Ahad, 28 September 2014

Polis Perhebat Ops Cantas Banteras Kumpulan Minta Wang Perlindungan


GEORGE TOWN: Polis merancang dan merangka operasi bagi membanteras kegiatan kumpulan kongsi gelap yang memeras ugut serta meminta wang perlindungan daripada orang awam menjelang Deepavali.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata polis akan memperhebat Ops Cantas di seluruh negara bagi mengesan kumpulan terbabit yang sering menjalankan aktiviti menjelang musim perayaan.

"Tiap-Tiap kali, khususnya perayaan Tahun Baharu Cina dan Deepavali, selagi ada perayaan-perayaan ini, ada kumpulan tertentu memeras ugut orang awam dengan meminta wang perlindungan daripada mereka.

Polis Buru Dua 'Ninja' Kes Rompakan Di Sebuah Banglo


KAJANG: Polis kini memburu dua orang 'ninja' yang melakukan rompakan di sebuah rumah pasangan warga emas di Country Heights Resort, awal pagi Khamis.

Berdasarkan kamera litar tertutup (CCTV), kedua-dua suspek itu yang dipercayai warga Indonesia memakai pakaian seperti ninja memecah masuk banglo itu di antara pukul 5.45 pagi sehingga 6 pagi ini.

Perakam CCTV itu juga menunjukkan mereka berlegar-legar di dalam banglo itu secara perlahan-lahan.

Rogol: 3 Anggota Keselamatan Ditahan


KOTA KINABALU: Tiga anggota pasukan keselamatan ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki merogol seorang wanita warga Filipina berusia 21 tahun di sebuah hotel di bandar Sandakan, pada awal pagi Isnin lepas.

Anggota keselamatan dari pelbagai agensi penguatkuasa dan sukarelawan berusia antara 27 hingga 37 tahun itu ditahan awal pagi ini selepas wanita itu membuat laporan di Balai Polis Sandakan, Rabu.
Dalam kejadian pada kira-kira pukul 1 pagi itu, wanita itu mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks secara bergilir-gilir oleh ketiga-tiga suspek yang berpakaian seragam selepas dia gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri.
Mangsa memberitahu ketiga-tiga anggota pasukan keselamatan itu bahawa dokumen pengenalan dirinya masih dalam proses dan hanya memiliki salinan Pendaftaran Orang Asing Khas (IMM13).
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC Salehhudin Abd Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.
"Ketiga-tiga suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...