Jumaat, 11 Julai 2014

JENAYAH DI BESUT MEMBIMBANGKAN ???

Rumah dirompak ketika solat Subuh


BESUT - Sepasang suami isteri warga emas kerugian kira-kira RM16,000 selepas barang kemas milik mereka dicuri dalam kejadian pecah rumah di Kampung Seberang Limbongan dekat Kampung Raja, pagi semalam.

Kejadian dipercayai berlaku antara jam 5 hingga 6.15 pagi ketika mangsa, Zakaria Samad, 74, dan isteri, Rokiah Said, 69, pergi menunaikan solat Subuh di Masjid Kampung Pengkalan Nyireh, kira-kira 500 meter dari rumah mereka.

Rokiah berkata, dia dan suami menyedari rumah mereka dimasuki pencuri selepas pulang dari masjid apabila mendapati pintu rumah tidak berkunci selain terdapat kesan diumpil.

KEGIATAN ALONG MEREBAK DI TERENGGANU ???


KUALA TERENGGANU - Walaupun sudah melangsaikan hutangnya daripada individu dipercayai ah long, seorang peniaga masih dikejar dan diburu seolah-olah mangsa masih berhutang dengan pemberi pinjaman wang tersebut.

Difahamkan, wanita berusia 37 tahun dari Kampung Wakaf Mempelam, di sini, itu kini hidup dalam ketakutan akibat masih diugut oleh individu tersebut bersama konconya yang kononnya menuntut baki hutang sebanyak RM600.

Menurut sumber, dalam kejadian Isnin lalu, kira-kira jam 10 pagi, mangsa berada di kedainya di Kampung Wakaf Mempelam, di sini, sebelum didatangi tiga lelaki yang salah seorang daripadanya dikenal dengan nama Along.

TAKTIK PENYELUDUPAN DADAH: SUITCASE CONCEALMENT


Sindiket menggunakan taktik menyembunyikan sejumlah dadah di tempat khas dalam beg pakaian yang telah diubahsuai terlebih dahulu, dan menyusun pakaian seperti biasa supaya tidak disyaki.

Dalam kes-kes terdahulu, dadah pernah disembunyikan dalam botol-botol aksesori kecantikan, paket sabun, serta ruang kosong yang terdapat pada alatan elektronik seperti catridge mesin pencetak.

Elakkan diri anda daripada menjadi mangsa sindiket yang mengaut keuntungan di atas risiko yang diletakkan ke atas diri anda. Jadilah individu yang bijak menilai di atas setiap tawaran yang diterima. Sesiapa yang didapati bersalah mengedar dan menyeludup dadah boleh dijatuhkan hukuman mati.

Pekerja Kelab Malam Parah Ditetak


IPOH: Seorang pekerja kelab malam di bandar raya ini cedera di dahi akibat ditetak dua lelaki dalam pergaduhan di luar kawasan kelab malam itu awal pagi Khamis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Ahmad Termizi Abdul Haq berkata suspek berumur 22 dan 23 tahun berjaya ditahan polis di Greentown di sini pada pukul 4.35 pagi sejurus selepas kejadian hasil maklumat orang awam.

Ketua polis daerah sepatutnya tahu

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR 9 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) pernah mengeluarkan arahan yang mewajibkan setiap ketua polis daerah bertanggungjawab atas kewujudan premis-premis perjudian termasuk yang tidak berlesen di kawasan masing-masing.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor berkata, arahan itu dikeluarkannya semasa beliau memegang jawatan tertinggi PDRM dari 1994 hingga 1999.

Menurut beliau, tindakan itu sesuatu yang wajar memandangkan ketua-ketua polis daerah bertanggungjawab mengetahui apa sahaja yang berlaku di dalam kawasan kepolisan mereka.

BAPAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ???

Cagar bayi RM3,500 bayar 15 saman trafik

Ipoh: Sepasang suami isteri mendakwa terpaksa mencagar bayi lelaki mereka berusia lapan bulan kepada seorang wanita untuk mendapatkan pinjaman RM3,500 bagi membayar 15 saman trafik yang tertunggak berjumlah RM2,800. 

Bagaimanapun, pasangan terbabit mendakwa gagal mendapatkan kembali cahaya mata mereka yang diserahkan kepada ahli perniagaan itu, sedangkan bayi berkenaan perlu dibawa untuk pemeriksaan kesihatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...