Rabu, 14 Jun 2017

'Saya tak akan lindungi sesiapa termasuk ahli keluarga'

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan tidak akan melindungi mana-mana individu termasuk ahli keluarganya sekiranya terlibat dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang.

"Saya akan beri kerjasama penuh dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sama sekali tidak akan bersekongkol dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang.

"Ramai yang kenal saya dan ahli keluarga saya. Kalau mereka melakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang, mereka kena jawab," katanya dalam sidang media selepas melancarkan  Ops Selamat 11/2017 sempena Hari Raya Aidilfitri 2017 di Menara TM di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan portal Sarawak Report tentang K Gopinathan iaitu suspek dipercayai terlibat dalam kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram di sekitar Melaka mempunyai kaitan dengan Khalid serta ahli keluarganya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...