Khamis, 21 Mac 2013

SEORANG PENCEROBOH DITEMBAK MATI, WANITA DITAHAN DALAM OP DAULAT


Lahad Datu, 21 Mac - Pasukan keselamatan menembak mati seorang pengganas ketika operasi penggeledahan di Kampung Tanjung Batu pada kira-kira 1.30 tengah hari semalam, menjadikan jumlah keseluruhan yang maut 63 orang.

Seorang militan wanita berusia lewat 40-an serta tidak bersenjata turut ditahan dalam operasi itu.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kejadian itu susulan daripada pertempuran yang tercetus pada 11.30 pagi yang menyebabkan seorang anggota tentera cedera di jari kiri akibat terkena serpihan peluru.

"Susulan itu, pasukan keselamatan terus menjejaki musuh dan berlaku pertempuran di mana pasukan kita telah membunuh seorang daripada mereka serta menahan seorang wanita.

LAPAN SUSPEK RAKYAT FILIPINA DIDAKWA LANCAR PERANG TERHADAP YANG DI-PERTUAN AGONG


Lahad Datu, 20 Mac - Lapan lelaki suspek pengganas dari selatan Filipina hari ini didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, di sini atas tuduhan keganasan dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong. 

Kesemua lelaki itu yang berumur lingkungan 17 hinggga 66 tahun, didakwa mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan kerana melancarkan keganasan, yang membawa hukuman penjara seumur hidup, dan Seksyen 121 kanun yang sama kerana melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan. 

KEPALA LELAKI WARGA EMAS DITEMUI DI DALAM KUIL DI LADANG KELAPA SAWIT

Gambar hiasan

Kluang, 20 Mac - Polis menemui satu kepala milik lelaki warga emas yang dipercayai dijadikan pemujaan di dalam sebuah kuil di kawasan ladang kelapa sawit, dekat Sri Lalang, di sini hari ini. 

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Abdul Majid Mohd Ali berkata kepala lelaki berusia 62 tahun itu ditemui penjaga kuil di Ladang Coronation pagi ini sebelum melaporkan kepada polis pada pukul 7.30 pagi.

"Siasatan awal mempercayai lelaki itu dibunuh di tempat lain sebelum kepalanya yang dipotong dengan senjata tajam dibawa ke kuil berusia lebih 70 tahun itu untuk tujuan pemujaan. Usaha sedang digiatkan untuk mengesan anggota badan lelaki itu," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, di sini hari ini.

JSJ BUKIT AMAN KETUAI SIASATAN PENCEROBOHAN LAHAD DATU - BAKRI


Kuala Lumpur, 20 Mac - Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman kini mengetuai siasatan insiden pencerobohan militan di Lahad Datu, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.

Beliau berkata pasukan itu kini sedang mengumpul bukti di lokasi kejadian untuk tindakan selanjutnya.

"Siasatan kami menyeluruh dan melihat daripada semua aspek termasuk bagaimana kumpulan pengganas memperoleh senjata dan mendapat bantuan. 

"Kami bukan hanya tertumpu di Lahad Datu dan Semporna bahkan lebih meluas," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...