Memaparkan catatan dengan label Peguam Negara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peguam Negara. Papar semua catatan

Isnin, 29 April 2019

TOMMY THOMAS PATUT DIPECAT SECEPAT MUNGKIN


KUALA LUMPUR – Agak pelik bagi TOMMY THOMAS YANG DIUAR-UARKAN SEBAGAI PAKAR PERLEMBAGAAN sebelum menjadi Peguam Negara tidak tahu kandungan ucapan rakannya, Dr. Syed Husin Ali pada Forum Awam & Statut Rom pada Sabtu lalu bersifat menghasut.
Lagi pelik apabila Tommy yang dilantik memegang jawatan itu atas perkenan Yang di-Pertuan Agong boleh bersama dalam majlis yang dianggap sebagai jenayah terhadap Raja-Raja Melayu.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, beliau dimaklumkan BERPULUH-PULUH LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT terhadap ucapan tersebut.
Katanya, forum yang diadakan di Universiti Malaya (UM) itu sepatutnya membincangkan secara ilmiah mengenai ratifikasi Statut Rom TETAPI SEBALIKNYA MENJADI PLATFORM MENGHASUT KEBENCIAN RAKYAT KEPADA RAJA-RAJA MELAYU.
“Mereka juga menghina empat pakar perundangan yang mendedahkan bahaya Statut Rom kepada Majlis Raja-Raja,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Kata Ahmad Amzad, dalam forum itu, Dr. Syed Husin telah mengucapkan kata-kata menghasut betul-betul di hadapan Tommy dengan membangkitkan isu perbelanjaan Raja-Raja yang ditanggung rakyat.
TUDUHANNYA SANGAT BERAT seperti menyatakan keturunan raja diangkat oleh British dan semakin meluas menentang serta menceroboh Perlembagaan.
“Apabila TOMMY MEMBIARKAN SAHAJA PENGUCAPAN BERBAUR PENGHINAAN itu, secara tidak langsung menjejaskan kredibiliti beliau sebagai Peguam Negara.
“Sekurang-kurangnya, beliau perlu menegur dan membetulkan kenyataan tersebut atas kapasiti Peguam Negara.
“Sama seperti beberapa hari lalu, Perdana Menteri menyatakan Perlembagaan Negeri Johor dan Terenggganu terbatal apabila Malaysia ditubuhkan, saya sudah bangkitkan di mana peranan Peguam Negara untuk menasihati kerajaan sehingga timbul dakwaan baharu yang sangat menyeleweng ini,” katanya.
Beliau menjelaskan, berdasarkan prestasi yang ada, Tommy dilihat menjadi liabiliti kepada kerajaan dan mencetuskan rasa kurang senang rakyat dalam isu membabitkan negeri, Raja-raja Melayu dan Islam.
“MELAINKAN PAKATAN HARAPAN (PH) SUDAH BERSEDIA UNTUK KALAH PILIHAN RAYA UMUM KE-15 (PRU15) ini.
“Sekali lagi saya tegaskan, TOMMY PATUT DIPECAT kerana mengekalkan beliau sebagai Peguam Negara hanya membenarkan lebih banyak kerosakan berlaku terhadap negara,” katanya.
Rujukan: KLIK DISINI

Selasa, 26 Mac 2013

Azzimudie Akan Hadapi Perbicaraan Atas Kesalahan Jenayah – Peguam Negara


PUTRAJAYA: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, Azzimudie Kiram yang mendakwa dirinya sebagai Raja Muda Kesultanan Sulu akan berhadapan dengan perbicaraan di Malaysia kerana mengetuai pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah pada Februari lepas.
“Saya tidak kisah sekiranya (dia) rakyat Malaysia atau tidak... dia melakukan kesalahan dan dia akan didakwa,” katanya pada sidang media di pejabat beliau di sini, Isnin.

Khamis, 21 Mac 2013

LAPAN SUSPEK RAKYAT FILIPINA DIDAKWA LANCAR PERANG TERHADAP YANG DI-PERTUAN AGONG


Lahad Datu, 20 Mac - Lapan lelaki suspek pengganas dari selatan Filipina hari ini didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, di sini atas tuduhan keganasan dan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong. 

Kesemua lelaki itu yang berumur lingkungan 17 hinggga 66 tahun, didakwa mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan kerana melancarkan keganasan, yang membawa hukuman penjara seumur hidup, dan Seksyen 121 kanun yang sama kerana melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan. 

Jumaat, 7 September 2012

Hishamuddin perlu beri kekuatan kepada PDRM melaksanakan tugas


Pijak Gambar Pemimpin: Hishammuddin Mahu Tindakan Tegas
BATU PAHAT, 6 Sept (Bernama) -- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mahu tindakan tegas dikenakan terhadap mereka yang terbabit dalam perbuatan memijak gambar pemimpin dan mengibar bendera baharu.

"Kes ini dianggap kes kepentingan awam dan polis menyiasat dan kalau tidak boleh didakwa kita nak tahu apa sebab," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Minggu Haluan Siswa Universiti Tun Hussein Malaysia, di sini pada Khamis.

Rabu, 22 Ogos 2012

Siasat pendedahan Raja Petra


KUALA LUMPUR 21 Ogos - Peguam Negara dan pihak polis digesa menyiasat peguam Razak Baginda, M. Puravalen dan Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa berhubung dakwaan komplot memfitnah Perdana Menteri seperti yang didedahkan pengendali portal pro pembangkang, Raja Petra Kamarudin baru-baru ini.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim berkata, tindakan itu wajar diambil bagi menjernihkan keadaan serta fitnah yang dilontarkan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 Julai 2008.

Katanya, kebenaran berhubung siapa yang terlibat dengan komplot tersebut perlu ditegakkan dan pihak terbabit wajar dibawa ke mahkamah untuk didakwa.

Khamis, 12 Julai 2012

Akta Hasutan 1948 dimansuh


NAJIB bersalaman dengan warga kerja Jabatan Peguam Negara di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur malam tadi.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan digantikan dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warganegara dan keperluan menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini.
"Dengan adanya akta baharu ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara.

Sabtu, 26 Februari 2011

Peguam Negara boleh cabar arahan SUK Selangor

PUTRAJAYA: Peguam Negara mempunyai locus standi (ada hak dari segi undang-undang) untuk memulakan tindakan undang-undang bagi mencabar kesahihan arahan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor bahawa kakitangan awam negeri hanya boleh disoal oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabat masing-masing. 

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Hakim Datuk Jeffrey Tan Kok Wha memutuskan perkara itu perlu dihantar kembali ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...