Khamis, 12 Julai 2012

Akta Hasutan 1948 dimansuh


NAJIB bersalaman dengan warga kerja Jabatan Peguam Negara di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur malam tadi.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan digantikan dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warganegara dan keperluan menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini.
"Dengan adanya akta baharu ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara.
"Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama," katanya pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Najib berkata, tanpa keseimbangan yang ideal, ia mungkin merencatkan hak bersuara yang dijamin Perlembagaan Persekutuan, menumpulkan daya kreativiti serta sifat inovatif atau membebaskan semangat cauvinisme dan ekstremisme.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...