Sabtu, 29 September 2012

Rasuah: Pegawai polis dipenjara 3 tahun, denda RM35,000


TAIPING - Seorang anggota polis berpangkat C/Insp dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan didenda RM35,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah terhadap tuduhan rasuah melibatkan wang tunai berjumlah RM7,000, empat tahun lepas.
Hakim Azuar Che Yusof memerintahkan Ng Wei Boon, 37, menjalani hukuman penjara mulai hari ini dan denda juga perlu dijelaskan hari ini, jika gagal tertuduh boleh dihukum penjara 10 bulan.
Tertuduh yang bertugas di Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat, Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping itu didapati bersalah iaitu secara rasuah memperoleh untuk dirinya wang tunai RM7,000 daripada Ang Boon Kok supaya tidak mengambil tindakan ke atas Chew Seng Kok yang dikatakan menjalankan kegiatan menjual nombor ekor haram.

Bajet 2013: RM591 juta jayakan usaha kurangkan jenayah


KUALA LUMPUR 28 Sept. - Usaha menambah bilangan jawatan baharu Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah antara langkah untuk mengurangkan jenayah dengan peruntukan berjumlah RM591 juta disediakan tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebanyak 1,000 buah motosikal juga akan disediakan dengan peruntukan RM20 juta bagi kegunaan Unit Rondaan Bermotosikal yang akan ditubuhkan untuk memantau kawasan perumahan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...