Sabtu, 30 Mac 2013

POLIS KESAN SUSPEK KES TEMBAK GENG KONGSI GELAP


Seorang lelaki dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap ‘Geng 21’, parah ditembak dalam pergaduhan di rumahnya di Taman Perpaduan. Kejadian berlaku pada pukul 7.30 malam itu disyaki berpunca akibat penglibatan mereka dalam kegiatan dadah.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supritendan Nor Mushar Mohamad berkata, suspek dikenali sebagai Sutakar Supramaniam telah melepaskan tiga das tembakan dan satu daripadanya terkena pangkal leher kiri dan menembusi tulang selangka mangsa sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal jenis Yamaha LC. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam di talian 03-3225963 atau Ketua Bahagian Jenayah Daerah Sabak Bernam, Asisten Supritendan Masri di talian 019 2050142 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 37 Akta Senjata 1960 kerana mendatangkan cedera dengan sengaja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...