Memaparkan catatan dengan label Klang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Klang. Papar semua catatan

Selasa, 20 November 2012

Ahli Perniagaan Terkejut Dengar Bunyi Tembakan Di Luar Rumah


KLANG: Seorang ahli perniagaan yang sedang tidur di rumah banglo dua tingkat di Taman Palm Grove di sini terkejut apabila terdengar bunyi tembakan di luar rumahnya dalam kejadian kira-kira 2 pagi Isnin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata mangsa berumur 61 tahun yang menjalankan perniagaan syarikat kontraktor perumahan kemudiannya membuat laporan polis memaklumkan mengenai kejadian tembakan itu.
Beliau berkata siasatan polis di rumah mangsa menjumpai satu anak peluru dan kesan tembakan di bahagian dinding tingkat atas banglo berkenaan.

Khamis, 14 Jun 2012

SINDIKIT PERJUDIAN BERLELUASA DI SELANGOR ???

PENJAGA premis dan sebahagian pelanggan yang ditahan kerana disyaki berjudi di sebuah pusat kafe siber di Bandar Baru Klang, Klang kelmarin.

Bilik judi 'rahsia' kena serbu

KLANG – Taktik licik pengusaha sebuah pusat kafe siber menjalankan kegiatan perjudian dalam bilik rahsia terbongkar apabila polis menyerbu premis itu di Bandar Baru Klang di sini malam kelmarin.

Dalam serbuan pada pukul 8 malam itu, polis merampas 25 mesin slot perjudian dan 11 unit komputer yang digunakan untuk menjalankan kegiatan judi dalam talian dianggarkan bernilai RM100,000.

Taktik tersebut hasil serbuan sepasukan pegawai dan anggota bahagian Risikan dan Operasi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor. 

Ahad, 27 Mac 2011

Pengedar amatur masuk jerat

RAMPAS...Mohamad menunjukkan dadah yang dirampas.

KLANG: Cubaan seorang pengedar dadah amatur untuk menipu polis dengan menyimpan bahan terlarang itu dalam beberapa kotak biskut tidak menjadi apabila polis menemui lebih dua kilogram (kg) pelbagai jenis dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Juara, di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 6.30 pagi itu, empat anggota polis diketuai Inspektor Nor Azfandy Azemi dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menahan suspek berusia 33 tahun itu serta merampas pelbagai jenis dadah membabitkan heroin seberat 915 gram, syabu (629 gram), ketamin (249 gram) dan 1,000 pil eramin.

Rabu, 23 Mac 2011

Duda merogol dijel enam tahun, sebat

KLANG – Seorang duda anak satu dihukum penjara enam tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam kerana merogol seorang gadis, dua tahun lalu. 

Hakim, Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman terhadap Mohd Ridzuan Muhammad Azhan, 25, selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap seorang gadis berusia 19 tahun. 

Selasa, 22 Mac 2011

Pemilik Bengkel Besi Maut Ditetak Di Kepala

KLANG, 21 Mac (Bernama) -- Seorang pemilik bengkel besi ditemui mati dengan kesan kecederaan parah di kepala dipercayai akibat ditetak dengan senjata tajam di bengkelnya di Taman Millenium di sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi di sini berkata mayat Jenistanquains Nicholas, 30, ditemui oleh seorang pengawal keselamatan pada kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

"Ketika ditemui dia didapati masih memakai sarung tangan, polis percaya dia diserang dengan senjata tajam oleh lebih dari seorang suspek, ketika semasa sedang bekerja," katanya.

Jumaat, 11 Mac 2011

Bekas pramugara dalang geng culik

KLANG9 Mac – Polis berjaya memberkas kumpulan penculik yang diketuai seorang bekas pramugara kira-kira 15 minit selepas mereka menerima wang tebusan berupa 10 ketul emas bernilai RM1.44 juta dalam dua serbuan berasingan di bandar ini awal pagi ini.

Serbuan pertama yang melibatkan penahanan dua penculik dilakukan di Jalan Pos Baru di sini kira-kira pukul 1 pagi dan enam jam selepas itu tiga rakan jenayah mereka diberkas di Taman Sentosa.

Terdahulu, polis menyelamatkan seorang pengarah sebuah syarikat sekuriti berusia 62 tahun yang diculik kumpulan itu sejak Isnin lalu di lokasi dirahsiakan pada pukul 12.45 tengah malam iaitu kira-kira 48 jam selepas dia diculik.

Khamis, 10 Mac 2011

Geng culik tumpas: 5 termasuk bekas pramugara diberkas

KLANG 9 Mac – Polis berjaya membebaskan seorang pengarah syarikat sekuriti berusia 62 tahun, 48 jam selepas dia diculik dalam dua serbuan di bandar ini tengah malam tadi.

Susulan kejayaan itu, lima penculik terdiri daripada seorang bekas pramugara dan empat warga Nepal diberkas dalam serbuan di Jalan Pos Baru dan Taman Sentosa, awal pagi ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, turut dirampas, 10 kilogram emas bernilai RM1.44 juta dipercayai bayaran tebusan, sebuah trak Isuzu D-Max berlambang Unit K9, sebuah motosikal jenis Kawasaki dan `teaser gun’. – Utusan.

Jumaat, 4 Mac 2011

Mayat Bayi Lelaki Ditemui Dalam Komuter

PELABUHAN KLANG, 3 Mac (Bernama) -- Mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat dan dibungkus dalam plastik hitam ditemui di bawah tempat duduk gerabak hadapan komuter yang berhenti di stesen Pelabuhan Klang sini Khamis.

Mayat bayi itu dibalut dengan selimut bercorak bunga dan turut diletakkan bersama mayat itu ialah sehelai sejadah dan surah Yasin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9.15 pagi dan mayat bayi itu dipercayai dibuang ketika komuter berkenaan dalam perjalanan ke stesen Pelabuhan Klang di sini.

Khamis, 3 Mac 2011

BEKAS Menteri Pengangkutan - menghadapi tuduhan menipu

BEKAS Menteri Pengangkutan,Tan Sri Dr. Chan Kong Choy (tengah) diiringi anggota polis ketika hadir di Mahkamah Sesyen bagi menghadapi tuduhan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang, di Putrajaya, 28 Feb. - Utusan/ZAKI AMIRUDDIN

Rabu, 2 Mac 2011

Cubaan guna lorong tikus gagal

PELABUHAN KLANG - Tindakan sekumpulan remaja merempit cuba melarikan diri melalui ‘lorong tikus’ gagal apabila mereka berjaya ditahan Pasukan Penguat kuasa Balai Trafik Klang Selatan yang mengejar mereka sejauh beberapa kilometer, awal pagi semalam. 

Pegawai Penguat kuasa Operasi Balai Trafik Klang Selatan, Cif Inspektor Zulkifli Hashim berkata, pihaknya bersama lapan anggota mengejar kumpulan terbabit hingga memasuki jalan mati. 

“Bagaimanapun ketangkasan pasukan kita, akhirnya sembilan remaja yang masing-masing berusia belasan tahun itu berjaya ditahan,” katanya. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...