KUALA LUMPUR
– Polis Kluang hari ini menahan seorang individu yang menghina mendiang
Inspektor Margaret Tagum Goen di dalam catatan di laman Facebooknya.
Tagum meninggal dunia pada pukul 12.45 tengah hari semalam semasa dirawat di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang selepas dirempuh seorang Mat Rempit dalam Ops Roda/Rempit di Km 58, Jalan Batu Pahat-Mersing, Johor.
Antara penghinaan yang HK dibuat individu berkenaan terhadap mendiang ialah "Mampus juga kau ... setelah sekian lama menyusahkan orang."