JOHOR BAHARU: Pentadbiran Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir
Gudang mengesahkan seorang penuntut wanita telah diculik beberapa individu
tidak dikenali di hadapan kediamannya di Taman Scientex di sini malam Jumaat.
Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) PIS,
Abdul Razak Salim berkata, mangsa yang berasal daripada Kuala Lumpur merupakan
penuntut semester lima jurusan Diploma Rekaan Fesyen di institusi pendidikan
terbabit.
"Saya akan ke Dungun, Terengganu malam ini untuk menguruskan perkara itu namun saya tidak dapat memberikan sebarang kenyataan lain berkenaan kes itu," katanya hari ini.
Bernama difahamkan penuntut perempuan
itu berjaya melarikan diri ketika kenderaan penculik itu sedang mengisi minyak
di sebuah stesen minyak di Dungun, Terengganu pagi tadi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri
Alam, Supt Abdul Samad Salleh mengesahkan ada seorang pelajar politeknik dari
negeri ini membuat laporan polis di Balai Polis Dungun, Terengganu pagi
Sabtu.
Bagaimanapun menurutnya, pihak polis setakat ini tidak menerima sebarang
laporan yang dibuat mana-mana pihak berhubung kehilangan anggota keluarga
mereka di kawasan Seri Alam.
Buat waktu ini kami masih menyiasat
laporan polis yang dibuat oleh penuntut wanita itu, katanya.
"Polis juga merayu mana-mana individu yang kehilangan anggota keluarga supaya tampil membuat laporan bagi membantu pihak polis menjalankan siasatan lanjut," katanya.
"Polis juga merayu mana-mana individu yang kehilangan anggota keluarga supaya tampil membuat laporan bagi membantu pihak polis menjalankan siasatan lanjut," katanya.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen
363 Kanun Keseksaan, kata beliau.