Ahad, 19 Oktober 2014

DUA KAPAL BERSAMA 14,000 LITER MINYAK DIRAMPAS


Pasir Gudang, 18 Okt - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 merampas dua buah kapal selepas didapati memindahkan sejumlah 14,000 liter minyak di jeti syarikat JNY Marine Engineering S/B, Kong-Kong, di sini lewat petang semalam.

Menurut Komander PPM Wilayah 2 ACP Paul Khiu Khon Chiang, bot peronda polis diarahkan ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat mengenai aktiviti pemindahan minyak tanpa izin di kawasan tersebut.


"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kesemua sembilan krew bersama dua kapten kapal bagi kedua-dua kapal berkenaan tidak mempunyai dokumen kebenaran untuk menjalankan aktiviti pemindahan minyak dan ia dilakukan di kawasan jeti yang tidak diwartakan.

"Kedua-dua kapal bersama 14,000 liter 'recycled tyre oil' itu kemudiannya dirampas dan kesemua suspek ditahan untuk siasatan lanjut," jelas beliau.

Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...