Memaparkan catatan dengan label Mati Dipukul. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mati Dipukul. Papar semua catatan

Khamis, 1 Mei 2014

Pelajar Didakwa Mati Dipukul Dalam Pergaduhan


RAWANGSeorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah agama di Rawang dilaporkan meninggal dunia selepas didakwa terlibat dalam pergaduhan di kalangan pelajar di sekolah tersebut, malam Selasa.

Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan yang mengesahkan insiden itu kepada media pada Rabu berkata, kes tersebut masih dibawah siasatan polis.

"Kami amat sedih dengan kejadian itu.

"Kementerian akan memastikan siasatan sepenuhnya dilakukan segera," kata Kamalanathan kepada pemberita selepas melancarkan masjlis pra sambutan Hari Guru di Sekolah Menengah Sains Selangor.

Beliau berkata, kementerian akan mengarahkan beberapa pegawai dari pejabat pendidikan daerah untuk bekerjasama dengan polis dalam siasatan itu.

Selasa, 23 April 2013

Jurukamera RTM mati dipercayai diserang penyokong parti


KOTA BHARU 23 April - Jurukamera sambilan RTM, Mohamed Yacob, 61, meninggal dunia dipercayai selepas diserang penyokong sebuah parti politik di hadapan rumahnya di Bandar Lama Gua Musang dekat sini kira-kira pukul 1.15 pagi ini.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku selepas Allahyarham membunyikan hon kereta kerana tidak berpuas hati laluan masuk ke rumahnya dihalang oleh seorang penyokong parti berkenaan.

Remaja mati dipukul dengan topi keledar


Gambar hiasan
KUCHING 23 April - Seorang lelaki maut dipercayai dipukul serta dihentak bertubi-tubi di kepala dengan topi keledar oleh sekumpulan pemuda di pekarangan Tasik Masja, Petra Jaya di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 malam itu, Mohd. Syamsul Izwan Mohammad Suhaili, 24, berasal dari Kampung Bintawa Ulu, di sini ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di sisi motosikalnya dan disahkan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad berkata, berdasarkan maklumat awal, mangsa dikatakan sedang lepak di kawasan tersebut sebelum berselisih faham dan bergaduh dengan kumpulan suspek. - UTUSAN ONLINE

Khamis, 8 November 2012

Imam ditemui mati dipukul dalam surau Tanah Merah


Foto
TANAH MERAH: Seorang imam, yang hendak melaungkan azan Subuh, mati akibat dipukul di surau Kampung Gual Petai Lima, Gual Ipoh di sini, hari ini.

Abdullah Nawang, 77, yang cedera parah di leher dan kepala, mati di unit kecemasan Hospital Tanah Merah. 



Sehubungan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 57 tahun di sebuah kedai kopi di Kampung Kulim, kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian pada jam 7 pagi tadi, kata Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superitendan Abdul Aziz Mahmud. 

Khamis, 14 Jun 2012

Pengawal keselamatan mati dipukul di kepala


Image Detail

KAJANG — Seorang pengawal keselamatan mati akibat dipukul di kepala di Taman Sri Langat, Jalan Reko di sini semalam.

Mayat T.Saikeran, 50, ditemui dengan tiga kesan koyakan di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata kejadian pada pukul 2.45 petang itu dipercayai berpunca daripada pergaduhan.

"Mangsa dipercayai dipukul dengan sebatang besi. Kami menemui sebatang besi dengan kesan darah berhampiran kawasan mayat lelaki itu ditemui,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Sehubungan itu polis menahan seorang lelaki berusia 41 tahun di sekitar Kajang beberapa jam selepas kejadian bagi membantu siasatan kes itu.

Mayat Saikeran dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. — BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...