Isnin, 9 Julai 2012

Penyamun tinggal botol susu


Dhiya menunjukkan barangan ditinggalkan penyamun dalam keretanya.
KOTA DAMANSARA - Mungkin kecewa hasil diperoleh tidak berbaloi, sekumpulan penyamun meninggalkan sebuah beg galas mengandungi stoking, pewangi rumah serta botol susu dalam sebuah kereta Perodua Myvi yang dipecah.

Dalam kejadian di Bazar Malam Uptown semalam , mangsa hanya menyedari keretanya dipecah ketika  hendak pulang ke rumah kita-kira jam 2 pagi.

Mangsa, Dhiya Afiq Izam, 27, berkata, dia meletakan kenderaan di kawasan itu untuk membeli–belah di Uptown jam 12 malam.

“Ketika tiba  di kereta saya terkejut mendapati tingkap belakang kanan pecah,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati beg mengandungi baju serta beg botol susu kanak-kanak lesap yang diletakan di kerusi belakang dilarikan dan digantikan dengan beg galas lain.

“Kami merancang  untuk pulang ke kampung di Melaka bersama adik-beradik yang lain hari ini sekarang semuanya terbantut kerana pakaian salah seorang dari kami hilang,” katanya yang kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan kes disiasat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...