DUNGUN: Sepasang suami isteri dan seorang pemuda diberkas
bersama pelbagai jenis dadah yang bernilai hampir RM17,000 pada Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub
berkata ketiga-tiga mereka ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Bandar Bukit Besi kira-kira pukul 9.30 pagi.
Katanya hasil pemeriksaan di bahagian ruang tamu,
pihaknya mengesan seorang lelaki berusia 31 tahun dan menjumpai serbuk putih
dipercayai syabu kira-kira 8.8 gram bersamanya.
"Pemeriksaan lanjut di bilik bahagian dapur rumah
tersebut kita menemui pasangan suami isteri berkenaan...kita juga terpaksa
memecahkan pintu bilik tersebut ekoran penghuni enggan membuka pintu," katanya.



















