![]() |
| Gambar hiasan |
SHAH ALAM, 14 Julai (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki dan merampas
10 paket disyaki heroin bernilai kira-kira RM290,000 dalam sebuah kereta di
hentian Rehat dan Rawat (RNR) Ulu Bernam, Hulu Selangor, Jumaat lepas.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Narkotik Selangor Supt. R. Ravichandran
berkata suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan pemandu lori yang
berusia 25 dan 27 tahun itu, ditahan pada pukul 2.30 petang.
Katanya, bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan anggota polis
membuat intipan terhadap dua lelaki terbabit yang dipercayai mempunyai urusan
'jual-beli' dadah di kawasan itu.
