Memaparkan catatan dengan label ROS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ROS. Papar semua catatan

Khamis, 28 Ogos 2014

Polis akan ambil tindakan terhadap PPS


KUALA LUMPUR 26 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Pasukan Peronda Sukarela (PPS) berikutan penubuhan pasukan itu tidak berdaftar dan menyalahi undang-undang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya telah menerima makluman rasmi daripada pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) bahawa PPS tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335).

"Sehubungan itu, PDRM menganggap PPS adalah pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan 1966.

Isnin, 7 Oktober 2013

Polis teliti laporan bagi siasat Tony Pua

KUALA LUMPUR - Polis akan meneliti laporan yang dibuat lima badan bukan kerajaan (NGO) terhadap Ketua Publisiti DAP, Tony Pua bagi menentukan sama ada kes itu perlu disiasat mengikut Akta Jenayah atau Akta Hasutan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, pihaknya akan melihat laporan NGO berkenaan yang mendakwa Pua menggelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Utusan Malaysia sebagai 'Anjing Umno'.

"Selepas meneliti laporan itu, baru kita akan membuat keputusan sama ada Tony Pua perlu disiasat mengikut Akta Jenayah atau Akta Hasutan," katanya ketika diminta mengulas laporan Utusan Malaysia pada Jumaat lepas yang mendakwa Tony mengeluarkan kenyataan itu di akaun Facebooknya pada 29 September selepas keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP selesai.


Hari ini, Sekreteriat NGO Negeri Selangor, Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (Irimm) dan Pertubuhan Gerakan Bersatu 69 (PGB69) membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi terhadap Tony. - Bernama

Jumaat, 21 September 2012

Suara Anak Haram lebih berkuasa daripada ROS dan PDRM ???


jabatan_pendaftaran_pertubuhan
UNDANG-UNDANG JADI BAHAN PERMAINAN POLITIK SUARA ANAK HARAM

KECEWA benar rasanya membaca berita pegawai Jabatan Pertubuhan Pendaftar (ROS) dilarang memasuki premis SUARAM walaupun diiringi 2 pegawai polis dan dari segi undang-undangnya, ROS tidak perlu waran untuk masuk dalam bangunan pertubuhan yang mahu diperiksa.

Dahlah tu Ketua Pengarah ROS boleh selamba bagi kenyataan dalam media kata ROS tidak dibenarkan masuk pejabat SUARAM, apa kelebihan mempromosikan kelemahan macam itu?

Rasa macam nak sepak saja TV dan buang dalam parit menonton kenyataan macam itu, tapi sayang, mahal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...