Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya

Selasa, 19 Februari 2013

Tiga dulang rantai emas bernilai RM200,000 dilarikan


KUALA LUMPUR — Dua lelaki bersenjatakan parang dan tukul melarikan tiga dulang mengandungi rantai emas bernilai kira-kira RM200,000 dalam kejadian menyamun sebuah kedai emas yang terletak di hadapan Balai Polis Selayang Baru dekat sini, hari ini.
Dalam kejadian samun pukul 10.15 pagi itu, dua suspek menerpa masuk ke dalam kedai emas berkenaan dengan bersenjatakan parang dan tukul di mana tukul itu digunakan untuk memecahkan cermin ruang pameran.
Pemilik kedai yang hanya ingin dikenali sebagai Kak Su berkata, ketika kejadian tiada pelanggan di dalam premis dan suaminya keluar untuk minum.
"Ketika kejadian dua penyamun itu masuk dan terus memecahkan cermin ruang pameran mengunakan tukul lalu mengambil tiga dulang mengandungi rantai emas dan terus melarikan diri menggunakan sebuah motosikal jenis Honda Ex5 yang diletakkan di lorong belakang kedai,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Beliau berkata, kedua-dua suspek memakai helmet dan vest berwarna hijau dan oren.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu.
"Pemeriksaan kita di tempat kejadian telah menemui tukul yang digunakan untuk memecahkan cermin ruang pameran. Premis itu tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tetapi kami boleh memperoleh rakaman CCTV dari kedai berdekatan,” katanya.
Abdul Rahim berkata, individu yang berada di premis berkenaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Katanya, ia merupakan kali pertama premis berkenaan disamun dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata. — BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...