Memaparkan catatan dengan label Jenayah Indeks. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jenayah Indeks. Papar semua catatan

Jumaat, 22 November 2013

Dewan Rakyat: Indeks jenayah kekerasan turun 23 peratus



Ops Cantas Khas yang masuk hari ke-96 semalam, menunjukkan kejayaan dengan indeks jenayah kekerasan seperti bunuh dan samun mencatatkan penurunan hampir 23 peratus.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata sejak operasi dimulakan 17 Ogos lalu, seramai 871,526 individu diperiksa dengan 32,174 daripadanya ditahan.

Katanya, 951 senjata api dan senjata berbahaya turut berjaya dirampas. 
Tetapi malang dalam serbuan yang kita jalankan, orang bawahan saja dapat ditangkap, bila ditanya, banyak yang tidak mengetahui siapa bos mereka” Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri Dalam Negeri
“Kejayaan paling ketara adalah penurunan indeks jenayah kekerasan hampir 23 peratus daripada 187 kes kepada 144 kes dalam tempoh berkenaan,” katanya menjawab soalan Dr Lee Boon Chye (PKR-Gopeng), semalam.

Daripada jumlah tangkapan itu, beliau berkata 13,789 adalah Melayu membabitkan 13,199 lelaki dan 590 wanita.

Sementara, Cina pula 3,809 orang iaitu 3,609 daripadanya lelaki dan 200 wanita; India seramai 7,263 orang (7,139 lelaki dan 124 perempuan) dan bangsa lain seramai 7,313 orang (6,145 lelaki dan 1,168 perempuan).

“Sebanyak 7,750 kertas siasatan sudah dibuka atas pelbagai kesalahan tidak, termasuk kesalahan mengikut Akta Senjata Api sepanjang operasi cantas dijalankan. 

“Daripada jumlah itu, sebanyak 1,584 sudah dituduh di mahkamah, 5,419 masih lagi dalam siasatan sementara 214 tiada tindakan diambil,” katanya.

Bagi kesalahan mengikut Akta Senjata Api, 144 kertas siasatan dibuka dengan 120 kes sudah dituduh di mahkamah dan selebihnya masih dalam siasatan.

Sindiket penyeludupan dadah, perjudian 

Menjawab soalan tambahan Boon Chye, sindiket penyeludupan dadah dan perjudian, Wan Junaidi berkata pelbagai rampasan, tangkapan dan sindiket berjaya dipatahkan menerusi operasi ini.

“Tetapi malang dalam serbuan yang kita jalankan, orang bawahan saja dapat ditangkap, bila ditanya, banyak yang tidak mengetahui siapa bos mereka,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan pernah mencadangkan supaya pagar dibina di kawasan sempadan sepanjang Sungai Golok di Kelantan, namum berdepan masalah memindahkan penduduk yang tinggal di tepi sungai selain 50 jeti yang sudah dibina.

Rabu, 26 September 2012

Jenayah: PDRM Perlu Lakukan Lebih Dari Sekadar Tunjuk Statistik - MCPF


BANYAK KES-KES TERPENCIL TIDAK DISIASAT ATAU HANYA UNTUK MENJAGA STATISTIK JENAYAH INDEK SETIAP BULAN ???
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu melakukan lebih dari sekadar menunjukkan statistik dalam isu keselamatan awam, kata Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata ini kerana pemerhatian umum mendapati masyarakat yang menyandarkan persepsi mereka kepada kehidupan seharian, masih ragu-ragu bahawa kes jenayah menurun seperti yang dilapor PDRM.

Jumaat, 3 Ogos 2012

Peningkatan kehadiran polis punca penurunan jenayah indeks


Indeks jenayah Pulau Pinang turun 19.2 peratus



GEORGE TOWN - Indeks jenayah di Pulau Pinang berjaya mencatat penurunan sebanyak 19.2 peratus dalam tempoh Januari hingga Julai lalu berbanding tempoh yang sama tahun lepas, kata Ketua Polis negeri, Datuk Wira Ayub Yaakob.

Beliau berkata jumlah kes jenayah dilaporkan dalam tempoh itu ialah sebanyak 4,645 kes berbanding 5,750 dalam tempoh yang sama pada tahun lepas.

"Penurunan ini berlaku kerana peningkatan kehadiran polis di zon yang kerap menerima laporan kejadian jenayah," katanya kepada pemberita selepas menerima lawatan daripada  Setiausaha Bahagian Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dr S. Watchala di sini hari ini.

Sabtu, 14 Julai 2012

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang mendakwa kadar jenayah di negara ketika ini meningkat.???


KUALA TERENGGANU 13 Julai - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien menafikan dakwaan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang mendakwa kadar jenayah di negara ketika ini meningkat.

Kata beliau, pihaknya tidak pernah menyembunyikan sebarang fakta berkaitan kadar jenayah kepada masyarakat umum sebaliknya cuba mencari jalan penyelesaian terbaik bagi terus menurunkan kadar itu.

“Kita tidak pernah sorok dan saya rasa beliau sebagai seorang yang telah terlibat dalam usaha kita untuk melakukan transformasi ke arah itu, seharusnya tahu apa yang kita lakukan ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) di Stadium Tertutup Gong Badak, dekat sini hari ini.

Ahad, 27 Mac 2011

Indeks jenayah masih terkawal

SUNGAI BESAR - Indeks jenayah keseluruhannya meningkat di Sabak Bernam, namun begitu, kadarnya masih lagi yang terendah di Selangor dan masih dalam keadaan terkawal serta tidak membimbangkan. 

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, peningkatan jenayah berlaku disebabkan peningkatan kes curi melibatkan kelapa sawit dan kabel elektrik. 

“Faktor kenaikan indeks jenayah ini kemungkinan disebabkan kenaikan harga kelapa sawit dan kabel. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...