Memaparkan catatan dengan label Konsep 4P. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Konsep 4P. Papar semua catatan

Jumaat, 3 Ogos 2012

Peningkatan kehadiran polis punca penurunan jenayah indeks


Indeks jenayah Pulau Pinang turun 19.2 peratus



GEORGE TOWN - Indeks jenayah di Pulau Pinang berjaya mencatat penurunan sebanyak 19.2 peratus dalam tempoh Januari hingga Julai lalu berbanding tempoh yang sama tahun lepas, kata Ketua Polis negeri, Datuk Wira Ayub Yaakob.

Beliau berkata jumlah kes jenayah dilaporkan dalam tempoh itu ialah sebanyak 4,645 kes berbanding 5,750 dalam tempoh yang sama pada tahun lepas.

"Penurunan ini berlaku kerana peningkatan kehadiran polis di zon yang kerap menerima laporan kejadian jenayah," katanya kepada pemberita selepas menerima lawatan daripada  Setiausaha Bahagian Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dr S. Watchala di sini hari ini.

Jumaat, 25 Februari 2011

KONSEP 4 P


Merujuk kembali ungkapan pertama YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara semasa mengambil alih jawatan Ketua Polis Negara pada 13 September 2010, beliau berjanji akan bekerja berasaskan kepada 3 elemen,iaitu pertama; berpaksikan kepada bidangkuasa yang diperuntukan oleh undang-undang, kedua; memastikan PDRM terus memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan ketiga; menentukan kesejahteraan rakyat dan negara.

Sebagai mengulas mengenai elemen ketiga-tiga ungkapan tersebut dalam memberi perkhidmatan terbaik, YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar pada 30 September 2010 telah melancarkan 4P iaitu satu hala tuju PDRM di bawah kepimpinan beliau sebagai kesinambungan kepada misi dan visi PDRM. YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar juga menyeru agar semua lapisan warga Polis Diraja Malaysia menjiwai serta melaksanakan Konsep 4P iaitu:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...