Selasa, 9 Disember 2014

KENAPA DUA TEMBAKAN DILEPASKAN KE PEJABAT PENGKALAN MARIN KASTAM DI PENGKALAN KUBOR ??


TUMPAT, 8 Dis (Bernama) -- Polis tidak menolak kemungkinan dua tembakan yang dilepaskan ke Pejabat Pangkalan Marin Kastam di Jeti Penguatkuasaan Pengkalan Kubor di sini, hari sebagai angkara khianat.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata kejadian itu berlaku kira-kira 1 pagi dan polis menjumpai dua lubang kesan tembakan pada cermin bahagian pantri pejabat berkenaan.

"Tembakan mungkin dilakukan dari jarak antara 20 dan 30m dari arah Sungai Golok. Berdasarkan kesan dan sudut tembakan pada cermin berkenaan, kemungkinan tembakan itu dilepaskan dari atas bot,"" katanya kepada pemberita di Jeti Penguatkuasaan Pengkalan Kubor di sini.
Mazlan berkata senapang angin dengan peluru bebola besi dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
Katanya dua pegawai kastam yang sedang bertugas dalam pejabat itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Polis akan mendapatkan kerjasama pihak berkuasa Thailand untuk membantu siasatan kes itu, katanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...