Kapar:
Perselisihan faham dipercayai menjadi punca sekumpulan lima lelaki Indonesia
menetak rakan senegara hingga parah berhampiran sebuah pawagam, di sini, 20
Februari lalu.
Difahamkan
semua suspek mengenali mangsa yang ditetak di bahagian muka dan belakang kepala
menggunakan parang hingga parah.
Harian Metro
Ahad lalu melaporkan, lelaki warga Indonesia parah selepas ditetak sekumpulan
lelaki di tengah orang ramai di hadapan panggung wayang menggunakan parang
selepas bertengkar di pusat karaoke.