Penampang - Polis menembak mati dua lelaki, yang dipercayai anggota
pemberontak tentera Sulu dan menjadi antara penggerak utama merekrut anggota
baharu, di kawasan rumah kedai, Penampang Baru, Sabah, hari ini.
Dalam
kejadian pukul 5 petang itu, sepasukan anggota polis mengepung kenderaan
dinaiki kedua-dua lelaki tersebut sebelum kedua-dua mereka cuba melepaskan
tembakan dan polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri.
Menurut
sumber polis, pihaknya membuat intipan beberapa minggu lalu mengenai aktiviti
kedua-dua pemberontak terbabit dan mendapati mereka cuba merekrut anggota
baharu dan menyebarkan ideologi kesultanan Sulu - (Sumber) di seluruh Sabah serta mengajar
elemen keganasan.
"Suspek
berusia 30-an dan 50-an berasal dari Kota Kinabalu. Mereka juga sedang cuba
melakukan samun bersenjata di kawasan kedai itu. Polis kini sedang mengesan
saki baki kumpulan ini dan mereka juga dipercayai mula aktif di luar kawasan
pantai timur Sabah," katanya.
penduduk
pekan itu panik seketika dengan insiden berbalas tembakan di kawasan perniagaan
Penampang Baru itu.
Saksi
kejadian seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an yang tidak ingin
dikenali, mendakwa beliau mendengar tembakan dilepaskan di kawasan perniagaan
itu.
"Saya
sedang bekerja, terdengar bunyi seperti barang jatuh dan saya keluar dari kedai
ternampak sekumpulan lelaki bersenjata memakai topeng melepaskan tembakan
bertalu-talu ke arah penumpang sebuah kenderaan pacuan empat roda.
Pekerja
kedai makanan itu berkata, beliau bersembunyi di kawasan kedai itu dan sempat
melihat sekumpulan anggota polis tiba di tempat kejadian kira-kira 15 minit
kemudian dan melakukan pemeriksaan terhadap mangsa yang ditembak mati.
Beliau
berkata, melihat anggota polis membawa masuk dua plastik hitam dipercayai mayat
mangsa yang ditembak.
Tinjauan
mendapati polis menutup dua blok perniagaan dengan memasang tali kuning bagi
melarang mana-mana pihak memasuki kawasan itu.