Selasa, 8 Julai 2014

Pemandu Lori maut dipukul empat lelaki

Gambar hiasan
Pelabuhan Klang: Seorang pemandu lori maut selepas dipukul empat lelaki dalam kejadian di sebuah restoran di Bandar Sultan Suleiman, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi, mangsa berusia 43 tahun dikatakan baru tiba di restoran berkenaan untuk minum sebentar. 
Ketika sedang mengambil minuman, mangsa dikatakan dipanggil seorang daripada empat lelaki yang turut berada di restoran berkenaan.

Mangsa kemudian menghampiri suspek dan berbincang sebelum beliau tiba-tiba dipukul serta dipijak kumpulan itu sehingga pengsan dan dibiarkan terbaring di atas lantai.

Orang awam yang melihat mangsa terbaring memanggil ambulans dan mangsa dihantar ke hospital kira-kira 30 minit selepas kejadian itu.
Mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber:mymetroonline
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...