Memaparkan catatan dengan label Remaja Perempuan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Remaja Perempuan. Papar semua catatan

Rabu, 17 April 2013

Mayat Remaja Perempuan Ditemui Dengan Kesan Tusukan Di Leher

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan berumur 18 tahun ditemui dengan kesan tikaman di leher di dalam sebuah longkang berhampiran padang bola di Jalan Tiong 7, Bandar Puchong Jaya, dekat sini Selasa.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP Abd Razak Elias berkata polis menerima laporan daripada seorang lelaki pada 6.50 petang tadi yang menemui mayat tersebut.
"Mayat itu ditemui dalam keadaan tertiarap dengan kesan luka kecil berlubang di leher," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di sini Selasa.
Beliau berkata berdasarkan dokumen yang ditemui pada mayat itu, mangsa dikenali sebagai Parhwine Lucia Mejia Kaur.
Beliau berkata punca kematian masih belum dikenal pasti dan bedah siasat akan dilakukan di Hospital Serdang pada Rabu, dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Ahad, 13 Mac 2011

Remaja perempuan jual 350 DVD lucah

GEORGETOWN- Seorang remaja perempuan di tuduh di Mahkamah Sesyen Georgetown kerana didapati menjual 350 keping cakera video digital (DVD) filem lucah pelbagai tajuk di sebuah premis di kompleks membeli-belah, di sini. 

Aw Yong Swee Kee, 19 yang berasal dari Relau, Bayan Lepas dituduh melakukan kesalahan itu di premis DTS Movie Entertaiment, Prangin Mall pada jam 2 petang 7 Mac lalu. 

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan penjara hingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan. 

Tertuduh bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan Majistret, Noor Aini Yusof membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin. 

Noor Aini menetapkan kes itu akan disebut semula pada 30 Mac ini bagi membolehkan tertuduh melantik peguam. Pertuduhan dibaca Timbalan Pendakwa Raya, Nor Farhana Adham.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...