Memaparkan catatan dengan label Pengganas IS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengganas IS. Papar semua catatan

Isnin, 16 Oktober 2017

KPN SAHKAN MILITAN DR MAHMUD AHMAD DI FILIPINA MASIH HIDUP

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia, Dr Mahmud Ahmad, yang menyertai kumpulan pengganas IS di selatan Filipina masih hidup, demikian disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun hari ini.

Beliau berkata, maklumat mengenai bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya itu adalah berdasarkan laporan perisikan di Marawi daripada Kementerian Pertahanan Filipina.

"Kami sentiasa berhubung dan bertukar-tukar maklumat dengan pihak berkuasa di negara berkenaan dalam usaha memerangi aktiviti kumpulan pengganas IS," katanya seperti yang dilaporkan BH Online.

Menurut Fuzi, Mahmud dan seorang lagi rakyat Malaysia dikenali sebagai Mohd Amin Baco dipercayai berada di Marawi, iaitu kawasan yang dikuasai Ispilon Hapilon.

Terdahulu media melaporkan, dua pemimpin kumpulan militan IS iaitu Ispilon Hapilon dan Omar Maute dipercayai antara yang terbunuh dalam serangan oleh pihak berkuasa Filipina susulan serangan sejak 23 Mei lalu.

Kementerian Pertahanan Filipina, mengesahkan kematian Ispilion dan Maute hari ini, namun masih belum mengeluarkan butiran terperinci berhubung serangan yang menyebabkan kedua-dua mereka terkorban.

Kedua-dua mereka sebelum ini adalah ketua kepada kumpulan Abu Sayyaf dan kumpulan Maute, yang mula bergabung sejak pertengahan tahun ini bagi memperkuatkan kumpulan militan IS khususnya di selatan Filipina.

Sumber:  KLIK DISINI


Rabu, 21 Jun 2017

IGP sahkan tangkapan empat pengganas IS

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengesahkan telah menahan empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pengganas IS.
Katanya, empat lelaki berkenaan - tiga warganegara Indonesia dan seorang rakyat tempatan itu ditahan semalam di Sandakan, Sabah dan Isnin lalu di Slim River, Perak.
"Pada 12 hari bulan, kita telah tangkap seorang ahli IS warga Indonesia di Slim River.
"Semalam pula kita tangkap tiga lagi orang di Sandakan, dua Indonesia dan seorang rakyat tempatan dari Sabah yang sedang merancang untuk ke Marawi.
"Kita telah mengesan mereka serta niat mereka dan kita tangkap sebelum mereka terlepas ke Marawi," katanya pada sidang media di Bukit Aman hari ini.

Rabu, 27 Januari 2016

Sokong Kumpulan Pengganas: Pembantu Taska Agama Dipenjara Dua Tahun

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Seorang pembantu taska agama dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan cuba memberi sokongan kepada kumpulan pengganas IS, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Paduka Azman Abdullah memerintahkan tertuduh Amir Azlan Zainudin, 50, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 13 Okt 2014.
Azman berkata selain mengambil kira faktor umur, pengakuan dan keinsafan tertuduh, mahkamah turut mempertimbangkan faktor kepentingan awam yang mengutuk aktiviti keganasan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...