Isnin, 13 Ogos 2012

Perompak letupkan Mesin ATM


ALOR GAJAH - Hajat sekumpulan penjenayah merompak sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Masjid Tanah di sini semalam gagal apabila bahan letupan yang digunakan gagal memecahkan peti simpanan wang di dalam mesin tersebut.
Dalam kejadian pada pukul 3.20 pagi itu, hanya bahagian luar mesin ATM yang rosak tetapi peti simpanan di dalam mesin ATM yang menyimpan wang langsung tidak terjejas.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata, kejadian itu dipercayai membabitkan empat lelaki yang menunggang dua buah motosikal.
"Perompak memasang sejenis bahan letupan pada sebuah mesin ATM di bank tersebut dengan tujuan untuk merompak wang.
"Bagaimanapun, selepas diletupkan mesin ATM tidak terbuka dan hanya bahagian luar mesin yang rosak teruk," kata beliau dengan memberitahu keempat-empat suspek memakai jaket hitam dan bertopi keledar.
Menurut beliau, akibat letupan kuat, bukan saja mesin ATM tersebut rosak teruk malah sebuah lagi mesin ATM dan sebuah mesin deposit tunai (CDM) turut rosak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...