Memaparkan catatan dengan label Curi Motosikal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Curi Motosikal. Papar semua catatan

Khamis, 9 Julai 2015

Pemuda Terima Padah Curi Motosikal Jemaah

MARANG – Seorang pemuda berjaya diberkas penduduk selepas mencuri motosikal milik salah seorang jemaah yang sedang mengerjakan solat Subuh di Surau Kampung Tengah di Pulau Kerengga di sini, semalam.
Difahamkan, kejadian berlaku lebih kurang jam 6.15 pagi sebelum perbuatannya itu disedari penduduk.
Suspek yang dipercayai terkejut setelah disergah penduduk bergegas melarikan diri dengan motosikal yang dicurinya menghala ke arah Kuala Terengganu.

Sabtu, 21 Jun 2014

Dua pelajar tingkatan lima ditahan curi motosikal

Gambar hiasan
KUANTAN - Dua pelajar tingkatan lima yang dipercayai mencuri sebuah motosikal jenis Honda yang dilaporkan hilang di tempat letak kenderaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Gali, Raub ditahan polis semalam.
Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Shamsudin Wan Osman berkata, bertindak atas risikan dan maklumat orang awam polis menahan seorang daripada pelajar berkenaan di sebuah rumah tidak bernombor di Dong, sebelum bertindak menahan rakan subahatnya.
"Hasil siasatan mendapati, pelajar itu mengaku mencuri motosikal tersebut bersama seorang rakannya serta telah meleraikan komponen motosikal itu untuk dijual ke sebuah bengkel milik rakan mereka,” katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata, suspek kedua ditahan di rumah keluarganya di Dong dan polis menemui komponen motosikal yang telah dileraikan di dalam semak dekat Kampung Pintu Padang.
Kedua-dua pelajar berkenaan kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. - Bernama

Rabu, 7 Mei 2014

34 Rangka Motosikal Curi Dalam Tali Air


MAKLUMAT DAN KERJASAMA ORANG RAMAI ADALAH DIALU-ALUKAN.
BESUT: Unit Ronda Bermotosikal (URB) dari Balai Polis Jerteh berjaya mengeluarkan sebanyak 34 rangka motosikal yang disyaki dicuri dari tali air Kampung Gong Penaga dekat sini hasil maklumat orang awam.
Penduduk kampung berkenaan yang sedang menimba air untuk menangkap ikan di tali air itu terkejut dengan penemuan beberapa rangka motosikal.
Tinjauan Bernama ke lokasi penemuan telah menyaksikan usaha mengeluarkan rangka-rangka motosikal dilakukan oleh anggota polis dalam kawasan lubok sedalam kira-kira 2.5 meter itu dari pagi hingga petang Isnin.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria yang dihubungi di sini hari ini mengesahkan penemuan itu dan memberitahu siasatan sedang dijalankan dan melibatkan unit forensik.
Penemuan rangka-rangka motosikal itu secara tidak langsung mendedahkan rahsia kehilangan motosikal yang berlaku di sekitar daerah ini.
Mengikut rekod polis sebanyak sebanyak 281 kes kehilangan motosikal dilaporkan di daerah ini tahun lepas berbanding 216 kes pada tahun sebelumnya.

Jumaat, 25 Mei 2012

Polis tumpaskan Geng Wan Tongek


Image Detail
KUALA LUMPUR – Polis menumpaskan geng curi motosikal dikenali sebagai ”Geng Wan Tongek”, yang bergiat aktif di sekitar Ampang, dengan tertangkapnya tiga lelaki Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, ketiga-tiga lelaki berusia antara 19 dan 25 tahun itu ditahan di Kampung Indah di sini.
Beliau berkata, dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Indah 2, Kampung Indah, yang dipercayai dijadikan bengkel haram itu, polis turut merampas lapan motosikal, 11 rangka motosikal serta pelbagai komponen motosikal yang dipercayai barang curi.

Ahad, 27 Mac 2011

Kumpulan curi motosikal tumpas

BANTING -Geng curi motosikal di Pekan Banting berjaya ditumpaskan kelmarin oleh anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat melalui kerjasama kerjasama polis bantuan dan maklumat orang awam. 

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan berkata, dengan tertangkapnya empat lelaki berkenaan ia secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar jenayah curi motosikal di daerah itu. 

Menurutnya, beliau memuji sikap prihatin orang awam yang benar–benar menunjukkan kerjasama menyalurkan maklumat kepada polis. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...