Memaparkan catatan dengan label Penyeludupan Diesel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penyeludupan Diesel. Papar semua catatan

Jumaat, 6 Mac 2015

PDRM rangka dasar baharu penempatan anggota di sempadan


KUALA LUMPUR 5 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan merangka dasar baharu berhubung tempoh penempatan pegawai dan anggotanya yang bertugas di sempadan negara dalam masa terdekat.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, penstrukturan semula itu perlu untuk memantau rapi pasukannya di masa depan.

"Anggota yang bertugas di sempadan dan di kawasan sensitif ini tidak boleh dibiarkan lama...kalau lama, mungkin sindiket berkepentingan akan mengambil kesempatan.

Ahad, 20 Julai 2014

TAHNIAH PPM WILAYAH 2 GAGALKAN CUBAAN SELUDUP DIESEL BERSUBSIDI RM494,000


Kota Tinggi, 19 – Polis Marin Pengerang berjaya mematahkan cubaan menyeludup diesel bersubsidi yang dianggarkan bernilai RM494,000 di perairan Pulau Lima, Sungai Rengit petang semalam.Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khiu Kon Chiang berkata, menerusi operasi bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya itu, pihaknya telah menahan 12 kru warga asing dan sebuah kapal yang disyaki menjalankan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di perairan Tanjung Surat.


Hasil pemeriksaan ke atas kapal mendapati lebih kurang 190,000 liter minyak diesel bersubsidi terdapat di dalam tangki. 


Kesemua diesel termasuk sebuah kapal yang dirampas dianggarkan bernilai RM2.5juta.


Tangkapan dan rampasan diserahkan kepada KPDNKK untuk tindakan lanjut.


Selasa, 15 Julai 2014

MARIN KEDAH TUMPAS SELUDUP MINYAK DIESEL BERSUBSIDI

Alor Setar, 14 Julai - Pasukan Polis Marin (PPM) Kedah telah berjaya membuat rampasan minyak diesel bersubsidi di dalam satu penugasan Operasi Landai, petang semalam. 

Hasil maklumat risikan membawa kepada penemuan sebuah tempat pemunggahan haram minyak diesel bersubsidi iaitu sebuah stor tidak bernombor di Jalan Putra , Mergong Tengah.

Menurut Komander PPM Wilayah Satu ACP Mohd. Yusof Abdullah berkata, dalam operasi ini turut berjaya menahan dua orang lelaki warga tempatan serta dua buah lori tangki masing-masing mengandungi 21,000 liter minyak diesel dan 21,700 liter minyak petrol yang disimpan di dalam tangki skid

Turut dirampas empat buah pengepam minyak.

Kesemua hasil rampasan bernilai RM552,570 dan suspek disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Ahad, 13 Julai 2014

CUBAAN SELUDUP 70,000 LITER DIESEL BERSUBSIDI GAGAL


Mersing, 12 Julai – Tindakan dua pemandu lori yang sedang leka memindahkan 70,000 liter minyak diesel bersubsidi dari dua buah lori tangki ke empat buah bot kargo ikan yang dipercayai untuk diseludup keluar berjaya ditahan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Endau, Mersing, malam kelmarin.

Komander PPM Wilayah Tiga, ACP Azmi Ibrahim berkata, pemeriksaan mendapati pemandu lori dan pemilik bot disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana gagal menunjukkan dokumen yang lengkap berkaitan kebenaran untuk menjalankan aktiviti berkenaan. 

Sabtu, 12 Julai 2014

POLIS MARIN PONTIAN RAMPAS MINYAK DIESEL BERSUBSIDI


Pontian, 11 Julai – Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 4,272 liter minyak diesel bersubsidi semasa membuat serbuan di sebuah stor pengumpulan minyak diesel di Pantai Pontian Besar, petang semalam.

Ketua Bahagian Operasi dan Risikan PPM Wilayah Dua DSP Goh Boon Hong berkata, semasa serbuan dilakukan terdapat sebuah lori sedang menjalankan operasi memindah minyak diesel dari tangki di dalam stor tersebut.

Isnin, 7 Julai 2014

CUBAAN SELUDUP PETROL GUNA BOT PAM GAGAL


Semporna, 6 Julai - Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna berjaya menumpaskan cubaan menyeludup keluar 4,690 liter minyak petrol menggunakan bot pam di perairan Kampung Labuan Haji dekat sini pagi semalam.

Komander PPM Wilayah Empat ACP Mohamad Madun berkata dalam operasi itu pasukannya telah menahan 12 orang lelaki warga tempatan bersama enam buah bot pam yang membawa sejumlah tong yang mencurigakan.

Ahad, 6 Julai 2014

POLIS MARIN RAMPAS 7,000 LITER DIESEL BERSUBSIDI



Manjung, 5 Julai – Pasukan Polis Marin (PPM) Perak merampas sejumlah 7,000 liter minyak diesel bersubsidi yang dianggarkan bernilai RM20,300 dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Teluk Rubiah, di sini, awal pagi semalam. 

Serbuan yang dijalankan kira-kira jam 11.00 pagi itu turut merampas sebuah tangki yang digunakan bagi menyimpan minyak diesel serta menahan seorang lelaki warga tempatan bagi membantu siasatan.

Kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM 30,300.

Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana kesalahan menyimpan dan menjual barangan kawalan tanpa dokumen yang sah dan dirujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk tindakan lanjut.

Rabu, 25 Jun 2014

Polis Marin Patahkan Cubaan Seludup Diesel


JOHOR BARU: Polis Marin Wilayah Dua berjaya mematahkan cubaan menyeludup diesel bersubsidi di Tanjung Belungkor, Kota Tinggi tengah malam Isnin dengan nilai rampasan hampir RM5 juta.

Komander pasukan ACP Paul Khiu Kon Chiang berkata menerusi operasi bersepadu khas bersama-sama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor itu, serbuan telah diadakan di sebuah jeti persendirian di Tanjung Belungkor yang disyaki menjalankan aktiviti penyeludupan diesel. 

Beliau berkata enam kru kapal warganegara asing beserta sebuah kapal ditahan, yang disyaki sedang menjalankan aktiviti pemindahan diesel ke dalam kapal. 

Selasa, 17 Jun 2014

PGA Rampas 5,800 Liter Diesel Diseleweng


Pasukan Gerakan Am (PGA) Bridged Sarawak berjaya melumpuhkan satu sindiket penyelewengan diesel apabila merampas sejumlah 5,800 liter diesel dalam satu serbuan di sebuah stor kosong di Kawasan Perindustrian Ringan F-Park, Jalan Batu Kitang di sini semalam.  

Timbalan Komander PGA Bridged Sarawak, Asisten Komisioner Zahari Ahmad berkata, operasi pukul 9 pagi itu dilakukan hasil maklumat awam dan risikan selama dua bulan.  

Menurutnya, serbuan berkenaan berjaya merampas 5,800 liter diesel, 46 buah tong besar, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux, tiga batang hos dan sebuah mesin pam yang keseluruhannya bernilai RM104,500.

Isnin, 16 Jun 2014

STOR PENYIMPANAN MINYAK DIESEL BERSUBSIDI DISERBU


Alor Star, 15 Jun - Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan minyak diesel bersubsidi dalam Ops Landai di sekitar kawasan perindustrian Mergong, semalam.

Menurut Komander Pasukan PPM Wilayah 1, ACP Mohd Yusof Abdullah, bertindak di atas maklumat, pemerhatian telah dijalankan oleh pihaknya yang terdiri daripada seorang pegawai bersama empat anggota terhadap sebuah bengkel yang mencurigakan di kawasan terbabit.

Ahad, 8 Jun 2014

Pasukan Polis Marin (PPM) Patahkan Penyeludupan Diesel


TAHNIAH DAN TERUSKAN

Masai, 7 Jun - Cubaan menyeludup 310,000 liter minyak diesel bersubsidi menggunakan sebuah kapal tangki yang dipercayai untuk diseludup keluar gagal setelah berjaya dipatahkan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Pengerang bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kota Tinggi dalam operasi bersepadu di Kuala Sungai Kong - Kong, dekat sini, petang tadi.

Komander PPM Wilayah Dua, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata dalam operasi itu, pasukannya telah menahan sebuah kapal tangki yang berdaftar sebagai ‘Hui Cai’ bersama empat orang lelaki warga tempatan bekerja di atas kapal tersebut.

“Setelah diperiksa, kami menemui empat buah tangki berisi 310,000 liter minyak diesel dan mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen yang sah berkaitan minyak tersebut,” katanya lagi.

Nilai kesemua rampasan minyak diesel termasuk kapal dianggarkan bernilai RM2.6 juta dan keempat-empat lelaki tersebut telah ditahan serta diserahkan kepada KPDNKK Kota Tinggi untuk siasatan lanjut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...